Solat, amalan yang mula-mula sekali akan dihitung oleh Allah saw diakhirat kelak. Oleh itu penjagaan didalam melaksanakan ibadat solat adalah sesuatu yang penting diterap kedalam jiwa anak muda sejak dari kecil lagi. Hadis rasulullah yang menyuruh ibu bapa menyuruh anak-anak sembahyang pada usia tujuh tahun dan rotan pada usia 10 tahun sekiranya tidak juga melakukan ibadat solat ini merupakan suatu yang wajar diambil menjadi pengajaran kita didalam mendidik anak-anak.
Bahkan untuk mengajar anak-anak dengan sembahyang ini perlu dilakukan ketika anak-anak kita sudah pandai membezakan antara kiri dan kanan, maka tatkala itu cara mengambil wuduk dan bersembahyang perlu mula diajar.
Kebiasaan anak-anak kita akan melihat apa yang dibuat oleh ibu bapa didalam kehidupan harian mereka, seandainya ibubapa kurang atau tidak melakukan solat, maka anak-anak akan mengikut jejak langkah tersebut.
Pada kesempatan hujung minggu ini, ana dijemput oleh Nisak Pendang buat kesekian kalinya untuk meresmikan penutup klinik solat yang diadakan dengan kerjasama Pemuda Cawangan Pongok Hampar, Pendang dan diadakan di Masjid Jamek Al Lutfi, Batu Hampar Pendang dari jam 8 pagi hingga 3 petang.
Penekanan yang diberikan adalah kepada cara mengerjakan sembahyang yang sempurna, tertib dan cara mendapat khushuk didalam sembahyang serta cara-cara mengambil wuduk dengan baik dan sempurna, keran hadis nabi menyebut bermaksud 'sembahyanglah kamu sepertimana kamu melihat akau bersembahyang'.
Oleh kerana kita sudah tidak ada nabi yang boleh kita lihat pada masa ini, maka melalui ajaran para alim ulamalah kita mendapat panduan untuk mengerjakan ibadat sembahyang ini.
Seramai 60 orang anak-anak pelajar telah menyertai program ini dan keceriaan pelajar jelas tergambar semasa ana berucap didalam majlis tersebut .Terima kasih ana ucapkan kepada 10 orang abang dan kakak fasi yang bertungkus lumus memberi ajaran berguna kepada anak dan adik-adik dalam program ini.
Yuran dikenakan hanya RM5 setiap peserta untuk fail kursus dan makan minun.
Sunday, November 30, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment