Demi untuk survival politik yang nampak makin kabur dan akan tenggelam, maka sanggup beliau yang selama ini menghentam dan menghina kita, tetiba hari ni bila nampak macam ada cahaya dihujung terowong, maka dengan tak semena-mena menyokong pula supaya PAS menjadi ketua pentadbir di Selangor.
Ana cuma nak ucap terima kasih kepada Saudara yang nama bapanya sama saperti Ust Fadhil Nor dan TS Rahim Nor. Satu yang disanjong oleh umat seantaro dunia dan satu lagi dipenjarakan kerana membelasah bekas TPM sehingga seluruh dunia juga mengutuk, itu pun setelah dibentuk suruhanjaya diraja, kalau tidak mungkin akan lenyap ditelam zaman saja.
Ana kesian dekat hamba Allah sorang ni kerana masa dia serah borang jadi ahli UMNO hari tu timbalan presiden tak kata apa pun, jadi bila dia nampak presiden sudah nak expired sekarang ni, mulalah dia nak cari landasan baru. Nak berbaik-baik dengan keadilan dah nampak macam teruk sangat, baru saja kutuk dan hina bekas bos dia dulu, tak kan nak telan kahak dan gelema kali kedua dan ketiga kut, maka apa yang dia nampak boleh ( mungkin) beri peluang kepada beliau adalah PAS pula, pasal tu dah mula nak berbaik dengan kita pula. Tapi SUA PAS dah jawab, kita dah ada 3 MB tak kan nak bagi jadi 4 kot. Kau punya jawapan, terhenyak kawan kita tu, lain kali dok diam sudahlah.
Ana tak kisah sapa nak mai pun, tapi kena bersih dan suci dululu jiwa tu, kalau mai sekadar nak buat bising dan heboh pasal nak pinda itu dan ini, please la tolong jangan dekat. Perjuangan dalam PAS bukan macam yang sedia beliau bawa selama ini, kalau ada hasrat lain, harap perkasakan balik NGO yang dia bentuk dulu tu, apanama yang nak benteras rasuah tu.
Ana rasa bila dia dengar DSAI berbahas pasal Eurocopter dan broadband hari tu serta pembelian bank di Indonesia tu, maka sebab tu dia nampak jalan nak benteras rasuah dalam UMNO ni makin gelap dan kelam, agaknya pasal tu lah perlu dia cari landasan baru, agaknya lah, tuhan saja yang tahu apa yang ada dalam hati perut.Tapi dia juga silap, nak benteras rasuah, tapi masuk dalam lubuk rasuk sampai bekas presiden pun nak tolong dedah nama orang yang lakukan rasuah.
Alkisah satu lagi yang orang bercakap la ni sama saperti yang orang pernah bercakap semasa PRK Permatang Pauh dulu, hamba Allah ni mungkin akan jadi calon di KT yang baru kematian wakil rakyat, bagus juga ana rasa. kalau nak lihat ikhlas ke tidak UMNO terima dia masuk semula dalam kumpulan mereka dan inilah tandanya budi patut dibalas dan jangan hanya cakap terima saja keahlian beliau. kalau tak benar, maka jahanamlah hasrat beliau kali ni ,terpaksa buat lebih baik lagi lah untuk berbaik dengan kepimpinan PAS bukan setakat syor supaya PAS mengetuai Selangor tetapi PAS kena ketuai Pulau Pinang sama, dan lepas ni mungkin boleh jadi calon bagi pihak PAS pula .
Saturday, November 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment