Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Friday, December 19, 2008

Ucapan ana pada membahaskan SPRM9 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)

DR. 16.12.2008
33
11.54 pg.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat pagi. Harapan rakyat untuk melihat suruhanjaya yang dibahaskan pada hari ini tidak menjadi seperti mana suruhanjaya-suruhanjaya yang telah ada, seperti mana SUHAKAM dan juga suruhanjaya untuk penambahbaikan polis, kerana syor-syor yang dibuat oleh dua-dua suruhanjaya ini nampaknya tidak berjalan dan kita harap ini tidak akan berlaku kerana suruhanjaya yang dibentuk untuk membanteras rasuah ini.
Sebagaimana yang kita tahu, rasuah ini merupakan satu penyakit. Kalau dadah kita boleh najis, rasanya rasuah ini lebih teruk daripada najis, kita boleh sebut kepada pengamal-pengamal dan juga bentuk rasuah itu sendiri. Jaminan yang telah diberikan oleh Padang Rengas iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengatakan suruhanjaya ini akan mempunyai gigi yang tajam, kita rasa ini merupakan satu jaminan dan kita harap Menteri yang selepas beliau yang menjaga, akan mengotakan apa jaminan yang telah diberikan oleh beliau kerana jaminan hanya jaminan mulut, tidak ada terkandung di dalam bentuk tulisan dan juga bentuk undang-undang.
Jadi kita harap menteri yang ada, seperti mana yang disebut oleh Padang Serai tadi, adalah menteri yang mempunyai tahap ataupun integriti yang sama seperti mana yang ada pada hari ini. Kita tidak mahu suruhanjaya yang ditubuhkan ini menggunakan hanya banyak wang pembayar cukai untuk membayar emolumen kepada mereka-mereka yang menjadi anggota suruhanjaya, tetapi apa yang disyorkan oleh mereka tidak terpakai, ataupun tidak akan menjadi apa-apa pelaksanaan di dalam melaksanakan, kerana yang akan menjadi titik tolak kepada pelaksanaan syor-syor adalah terletak pada Peguam Negara ataupun AG dan juga Perdana Menteri sendiri.
Di dalam rang undang-undang ini, tidak nampak satu ikatan yang memberikan kuasa kepada Suruhannya untuk bertanggungjawab dalam proses pendakwaan dan tidak ada kemestian bagi Peguam Negara mematuhi syor yang dibuat oleh suruhanjaya ini. Apakah ini menandakan suruhanjaya ini tidak bebas menjalankan tugas mereka setelah mereka bertungkus-lumus menjalankan siasatan. Tiba-tiba bila sampai kepada proses untuk dakwaan, sebagaimana saya sebut tadi, Peguam Negara tidak mahu meneruskan prosedur tersebut kerana tidak ada klausa di dalam rang undang-undang ini yang menyatakan syor itu mesti dipatuhi oleh Peguam Negara.
Peguam Negara pula tidak tertakluk kepada persoalan yang boleh mempertikaikan keputusan beliau, apakah beliau boleh ditanya dan dipersoalkan, kenapa tidak didakwa kes yang telah disiasat oleh suruhanjaya, dan apakah beliau boleh dipersoalkan juga di dalam Parlimen, sebagaimana yang kita pernah lihat di zaman Tan Sri Kadir Yusof dan juga Tan Sri Hamzah Abu Samah. Kita lihat ada tiga Jawatankuasa yang dibentuk yang terdapat dalam rang undang-undang ini iaitu Jawatankuasa Pemantau, Jawatankuasa Aduan, dan juga Lembaga Penasihat
DR. 16.12.2008
34
yang mana satunya dilantik oleh Yang di-Pertua Agong, satunya oleh Perdana Menteri dan satu lagi oleh Menteri.
Akan tetapi dari satu segi, yang nampak mengamalkan Suruhanjaya ini macam dipengaruhi oleh sama ada yang dilantik oleh Agong, dilantik oleh Perdana Menteri ataupun yang dilantik oleh menteri. Cuma kita lihat Jawatankuasa Aduan sahaja yang boleh mempertikai ataupun membuat apa-apa laporan terhadap ketidaktelusan ataupun apa-apa yang kita rasa tidak puas hati berhubung dengan jawatankuasa ini.
Walaupun roh suruhanjaya ini nampak menunjukkan ketelusan dan akan mencengkam semua yang mungkin terlibat dengan rasuah seperti yang disebut oleh menteri semasa pembentangan sampai anak, menantu, saudara mara juga akan terkena, sebenarnya ia nya akan akhirnya berakhir ataupun berpunca ataupun ditentukan oleh Peguam Negara itu sendiri.
Jadi saya rasa ini merupakan satu perkara yang perlu diberi perhatian dalam rang undang-undang ini. Dalam tugas Ketua Pesuruhjaya tersebut bahawa mereka hendaklah mempunyai kuasa, pegawai suruhanjaya ini hendaklah mempunyai apa-apa kuasa Timbalan Pendakwa Raya sebagaimana yang diberi kuasa oleh Pendakwa Raya, tetapi apabila sampai kepada pendakwaan mestilah dimulakan oleh atau dengan keizinan Pendakwa Raya. Apa mana kuasa Pendakwa Raya yang diberikan kepada Ketua Pesuruhjaya tadi.
Ini yang dikatakan suruhanjaya ini kita tak mahu menjadi sebuah suruhanjaya yang disebut sebagai suruhanjaya harimau yang tidak bergigi ataupun harimau robot yang tidak mempunyai gigi. Rang undang-undang ini juga, Tuan Yang di-Pertua, menyamakan suruhanjaya ini seperti polis dan juga Pegawai Penjara di dalam sesetengah klausa dia dalam menjalankan tugas seperti tugas menahan dan juga pejabat suruhanjaya dikatakan sama seperti pejabat polis, boleh menahan orang-orang yang disiasat.
Apakah selepas ini akan ada pusat tahanan di dalam pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ini seperti mana yang wujud di pejabat polis yang lain dan bagaimana pula dengan latihan yang mereka terima, adakah mereka yang berada dalam suruhanjaya ini mendapat latihan sebagaimana latihan yang diberikan kepada pegawai polis dan juga kepada pegawai-pegawai penjara. Dalam klausa yang mengatakan...
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Perhatian, sedikit penjelasan.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: 30 saat.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: 30 saat sahaja. Adakah Yang Berhormat merasakan bahawa SPRM ini akan mempunyai taring untuk menyemak kembali kes-kes yang telah diselesaikan oleh BPR yang sekarang ini berada ataupun tersekat di Pejabat AG. Harap dapat penjelasan. Terima kasih.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Kita harap kalau kes ini adalah prima facie ataupun integriti ataupun komitmen yang ditunjukkan seperti mana yang dijelaskan oleh
DR. 16.12.2008
35
menteri, kita harap benda ini akan dapat berjalan dan akan membuka balik kisah-kisah lamalah yang sepatutnya dibawa ke muka pengadilan.
Di bawah klausa yang menyatakan tugas pegawai bawahan anggota suruhanjaya, mereka hendaklah menerima arahan dan petunjuk dari pegawai atasan secara lisan atau tulisan. Apakah ini bukan merupakan satu perangkap kepada pegawai bawahan kerana kalau hanya arahan berbentuk lisan yang perlu dipatuhi, maka apa akan berlaku jika berlaku penafian setelah sesuatu yang nampak akan mengenai atau membabitkan pegawai atasan tersebut, maka tidakkah pegawai penyiasat tadi akan menjadi kambing hitam.
Saya rasa ini menganiayai pegawai yang menyiasat, hanya mendapat arahan dalam bentuk lisan, tidak bentuk tulisan. Tidakkah lebih baik jika dikatakan arahan lisan yang mesti dituruti, arahan lisan tetapi mesti dituruti dengan arahan bertulis atau arahan lisan dan bertulis kerana kita tahu dan masih segar dalam ingatan kita di mana kes Menteri memberi arahan bertulis dengan tulisan tangan kepada Ketua Setiausaha satu kementerian satu masa dahulu, akhirnya Ketua Setiausaha masuk jel, menteri bebas dan masih dapat mengumpul....
■1200
Akhirnya Ketua Setiausaha masuk jel, Menteri bebas dan masih dapat mengumpulkan harta. Akan tetapi kalau kita lihat kepada kuasa menyiasat terhadap aduan pula. Walaupun ianya dalam bentuk lisan tetapi ia mesti diubah ke dalam bentuk tulisan dan dibaca kepada pengadu dan ditandatangani oleh pengadu serta dimasukkan dalam rekod untuk siasatan, simpanan dan rujukan. Saya rasa ada macam satu perbezaan di antara arahan dengan siasatan tadi.
Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, kesalahan rasuah ini dia berbeza dengan kesalahan jenayah untuk lain. Di mana dalam pertuduhan jenayah pendakwa mesti membuktikan bahawa orang yang kena tuduh melakukan kesalahan dengan bukti yang nyata. Akan tetapi dalam kes rasuah orang kena tuduh mesti membuktikan bahawa harta dan barangan dan lain-lain yang ada pada beliau itu bebas dari unsur-unsur rasuah. Maka tidak hairanlah jika suatu ketika dahulu bekas Ketua Polis Negara mengatakan bahawa 40% daripada pegawai atasan polis boleh disabitkan dengan rasuah hanya kerana gaya hidup mewah mereka.
Dalam proses menerima aduan, apakah pihak anggota suruhanjaya akan menjalankan siasatan hanya apabila;
(i) menerima aduan atau;
(ii) hanya dengan mensyaki sesuatu kelakuan mewah yang tidak sepadan dengan tugas pegawai tersebut atau;
(iii) menerima aduan dengan hanya surat layang atau hearsay; dan
(iv) gaya hidup seorang pegawai tersebut hanya berdasarkan maklumat yang diterima oleh pegawai suruhanjaya untuk melakukan penyiasatan.
Saya bersetuju jika pembawa fitnah dihukum dengan hukuman yang berat sepertimana yang disebut Yang Berhormat Maran tadi [Membaca sepotong ayat al-Hadis] “Sesungguhnya
DR. 16.12.2008
36
fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh”. Harapan agar kerahsiaan nama pemberi maklumat perlu dijaga walaupun oleh sesiapa dan tidak perlu didedahkan oleh pendakwaan raya dan pegawai suruhanjaya. Melainkan hanya untuk tujuan siasatan dan dalam mahkamah. Tidak seperti yang dinyatakan dalam fasal 29 (4). Saya rasa Rang Undang-undang Pelindungan Saksi yang dibentangkan pagi ini diharap dapat membuka ruang untuk lebih ramai memberi maklumat berhubung dengan kes rasuah ini. Tahniah kepada menteri yang membawa undang-undang pada pagi tadi.
Tuan Yang di-Pertua, pegawai suruhanjaya juga dikatakan sentiasa dalam keadaan bertugas. Apakah maknanya mereka ini dalam sentiasa dalam keadaan bertugas. Apakah macam di dalam hospital kita ada tugas on call ataupun tugas standby call? Bagaimana pula dengan elaun yang didapati oleh mereka. Apakah berdasarkan masa ataupun ketika yang mereka gunakan untuk melakukan tugas-tugas. Adakah sentiasa dalam keadaan ini, bermakna mereka boleh mendapat over time elaun sentiasa kerana mereka ini sentiasa dalam keadaan on call. Jadi saya minta penjelasan daripada menteri berhubung dengan perkara ini.
Satu lagi saya rasa kredit kita berikan kepada rang undang-undang ini yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri dengan jelas mengatakan bahawa pemberi dan penerima rasuah adalah merupakan satu kesalahan. Sesuai dengan hadis yang dibaca oleh ramai sahabat-sahabat tadi, [Membaca sepotong ayat al-Hadis]. Ini kerana kita tahu hasil yang mereka dapati daripada hasil rasuah ini merupakan satu hasil yang haram bagi orang Islam. Kita kena tahulah, [Membaca sepotong ayat al-Hadis] “Setiap daging yang tumbuh daripada sumber yang haram itu, api neraka adalah lebih aula”.
Jadi sekiranya kita tahu terutamanya orang yang beragama Islam, kita mestilah kena faham bahawasanya setiap yang tumbuh itu walaupun setitik darah yang kita dapat itu daripada sumber yang haram maka, akhirnya akan dihumban oleh Allah SWT di dalam api neraka. Walaupun begitu, saya rasa satu penelitian harus diberikan kepada mereka yang menerima dan memberi rasuah yang tidak mempunyai kaitan. Ini kerana dalam rang undang-undang ini ada menyebut khusus berhubung dengan kaitan ataupun orang yang tidak mempunyai kaitan dengan hal ehwal perniagaan atau principle. Bahkan mereka yang tidak ada kuasa atau tidak ada niat, bahkan tidak sebenarnya berbuat sesuatu dan tidak pun ada hubungan dengan hal ehwal yang melibatkan rasuah tersebut.
Kita mula berasa hairan di dalam klausa ini dikatakan agen kepada seseorang tetapi dalam sub klausa dikatakan tidak mempunyai kuasa. Ini suatu yang agak janggal dan contradict atau mungkin kesilapan daripada penjelasan yang diberikan kepada saya. Saya harap menteri juga dapat memberikan penjelasan terhadap klausa ini. Bagaimana ia boleh menjadi agen kalau ia tidak ada kuasa, bahkan tidak mempunyai kuasa untuk mempengaruhi.
Kalau kita lihat kepada apa yang berlaku dalam negara kita ini kadang-kadang kepada driver menteri misalnya ataupun mereka yang dekat dengan menteri walaupun dia tidak
DR. 16.12.2008
37
mempunyai kuasa tetapi ia boleh mempengaruhi. Adakah ini yang dimaksudkan di dalam klausa ini. Kalau kita sebut tentang tolong ataupun kuasa ataupun membantu saya rasa kesusahan hati yang disebutkan oleh seorang daripada wakil BN semalam, saya tidak ingat dari mana. Orang-orang politiklah merupakan mereka-mereka yang mungkin terdedah kepada mereka yang boleh didakwa dalam klausa ini.
Tentang penterjemahan dokumen terdapati dalam ini disebut tentang mereka-mereka yang akan diberikan ganjaran apabila mereka dikehendaki untuk menterjemah sesuatu dokumen ataupun data. Saya hendak tahu adakah mereka yang sedang disiasat itu sendiri akan diberikan sesuatu kredit ataupun ganjaran sekiranya mereka itu sendiri yang menterjemah.
Dalam ini hanya disebut orang yang membantu untuk menterjemah kepada sesuatu yang disiasat. Harta yang disita yang tidak mudah rosak dan tidak perlu dijual didapati susut nilai. Apakah ganti rugi akan dibayar seandainya habis siasatan. Maka tidak didapati tidak disabitkan kesalahan kepada orang yang disiasat supaya penganiayaan tidak berlaku kepada mereka yang siasat tetapi tidak bersalah dalam keadaan harta ataupun bahan bukti tersebut sudah susut nilai.
Di akhir perbahasan ini saya ingin menyeru sekali lagi supaya sama-samalah kami di sini juga menyokong dan pihak Barisan Nasional juga menyokong supaya kita dapat membentuk sebuah masyarakat yang bebas dari rasuah ini kita letakkan satu konotasi kepada rasuah ini sebagai satu najis yang akan merosakkan diri dan juga masyarakat. Sekian Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.