Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Friday, February 20, 2009

Dewan rakyat 18 Februari 2009.

4. Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang] minta Perdana Menteri menyatakan
jumlah peruntukan yang dibayar kepada Anggota Suruhanjaya Pilihan Raya, SUHAKAM,
Penambahbaikan Polis, Pelantikan Hakim dan Pencegahan Rasuah dalam setahun.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz]:
Tuan Yang di-Pertua saya ucap terima kasihlah pada Ahli Yang Berhormat daripada Pendang
yang telah bertanya secara pantun dua kerat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat jumlah
besar peruntukan yang dibayar dalam setahun bagi Anggota Suruhanjaya Pilihan Raya dan
SUHAKAM adalah seperti berikut:-
Anggota Jumlah Besar
Suruhanjaya Pilihan Raya RM 862,128.48
SUHAKAM RM1,503,600.00
Untuk makluman Yang Berhormat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dia tidak
mempunyai anggota suruhanjaya seperti SUHAKAM. Walau bagaimanapun terdapat beberapa
jawatankuasa pemantau yang akan dibentuk iaitu:-
(i) Lembaga Penasihat Pencegah Rasuah;
(ii) Jawatankuasa Khas mengenai rasuah;
(iii) Panel Penilaian Operasi ;
(iv) Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah;
(v) Jawatankuasa Aduan.
Keanggotaan jawatankuasa ini adalah secara sukarela dan tiada bayaran yang
ditetapkan. Namun dalam perbahasan waktu membentang rang undang-undang ini kita
mendapat penerangan daripada ahli-ahli Parlimen iaitu jawatankuasa yang dipilih mereka yang
menganggotai jawatankuasa ini kalau boleh hendaklah diberikan seating allowance ya. Perkara
DR. 18.2.2009
10
ini masih lagi belum kita putuskan sama ada mahu membayar ataupun tidak. Peruntukan bagi
anggota Suruhanjaya Pelantikan Hakim ia masih menunggu kelulusan daripada Kementerian
Kewangan belum bentuk lagi. Jadi saya tidak dapat hendak melaporkan tentang berapakah
bayaran yang dibuat.
Manakala bagi apa yang dikatakan suruhanjaya untuk hendak menambahbaikkan polis
yang ini suruhanjaya ini belum diputuskan lagi nama dia. Mungkin untuk polis sahaja mungkin
untuk semua anggota penguatkuasaan. Namun dia dalam peringkat penggubalan jadi kita belum
tentukan lagi berapakah bayaran akan dibuat.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,
terima kasih Menteri yang telah menjawab tadi. Soalan saya adalah berhubung dengan SPR
sendirilah. Baru-baru ini Pengerusi SPR ada mengatakan bahawasanya mereka memerlukan
returning officer ataupun pegawai-pegawai pengurus pilihan raya sendiri tidak menggunakan
pegawai-pegawai kerajaan di dalam mengendalikan sesuatu pilihan raya. Ini kerana kalau kita
lihat di Kuala Terengganu baru-baru ini returning officer sendiri telah mengumpulkan 592 orang
kakitangan Bandaraya Kuala Terengganu dan mengugut supaya mengundi Barisan Nasional.
Kalau tidak mereka ini akan dibuang kerja.
Jadi saya rasa ini merupakan satu yang positif yang merupakan pandangan oleh SPR
jadi apakah kerajaan memikirkan bahawasanya ini satu yang perlu di segerakan memandangkan
trend sekarang ini bukit-bukit semua hendak adakan pilihan raya kecil ini?. Minta pandangan
Yang Berhormat Menteri.
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Kalau pilihan raya kecil bukit tidak apalah
setakat bukit jangan sampai ke padang sudahlah. Tuan Yang di-Pertua apabila returning officer
ini merupakan setiap kawasan pilihan raya satu returning officer. Bermakna kalau kita ada Ahli
Parlimen 219 ya? 222 maka kita perlu ada 222 returning officer yang hanya buat kerja empat ke
lima tahun sekali lepas itu dia hendak buat kerja apa? Ini kerana pilihan raya lima tahun sekali
jadi pilihan raya berlaku serentak, 222 returning officer. Masalahnya ialah apabila tidak ada
pilihan raya apakah kerja mereka ini?
Nombor dua, kalau marah kepada nyamuk jangan bakar kelambu. Dalam beberapa kali
kita mengadakan pilihan raya yang kita dapat laporan sekali ini satu sahaja, itu tidak boleh
menunjukkan sebagai reflex on the fiil dan perangai semua returning officer. Lainnya telah pun
bersikap dengan adil.


Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: [Bangun]
Dato’ Kamarudin Jaafar [Tumpat]: Ya Yang Berhormat Pendang.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,
terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Berhubung dengan Palestin, saya juga merasa cukup
terkilan dengan apa yang berlaku. Pada 30 Januari, kami telah sampai ke Rafah dan ingin
memasuki Gaza dalam cita-cita kita untuk memberikan pertolongan perubatan dan juga
kemanusiaan. Akan tetapi apabila ada NGO yang membawa surat daripada Duta Malaysia iaitu
Datuk Zainal Abidin, tiba-tiba imigresen di sempadan ada yang mengoyak surat daripada duta
dan juga ada ubat-ubat yang dibawa oleh kumpulan ini dirosakkan oleh pihak di sempadan
antara Rafah untuk memasuki Gaza.
Jadi saya harap pihak Kementerian Luar Negeri seperti yang dibahaskan oleh Yang
Berhormat Tumpat kelmarin, perlulah memberi perhatian kepada perkara ini. Sekurangkurangnya
kita boleh memberi sedikit nasihat ataupun pengajaran kepada pihak Kerajaan Mesir
ataupun kepada Duta Mesir di Kuala Lumpur ini. Terima kasih.
Dato’ Kamarudin Jaafar [Tumpat]: Terima kasih Yang Berhormat Pendang.
Sebagaimana...
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat, duduk dulu Yang Berhormat.
Saya ingatkan kembali kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam soal pencelahan ini jangan
timbulkan isu-isu baru yang tidak menimbulkan kesamaran hujah kepada Ahli Yang Berhormat
yang sedang berucap. Jangan gunakan kesempatan untuk minta penjelasan itu sebagai cara
untuk tumpang berbahas. Saya tidak akan benarkan. Kelmarin saya sudah tidak tahan
kesabaran dengan peraturan mesyuarat dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor. Jadi
saya kena strict dengan soal ini.
Lain kali saya akan gunakan kuasa di bawah peraturan mesyuarat lain, saya tidak akan
benarkan pencelahan untuk memanjangkan perbahasan. Sehingga di akhir-akhir hari terpaksa
disambung sampai 11.30 malam. Sila Yang Berhormat.
DR. 18.2.2009
29
Dato’ Kamarudin Jaafar [Tumpat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam kes
Palestin, Gaza dan kesengsaraan kemanusiaan yang dialami oleh 1.5 juta rakyat Gaza ini, saya
sedikit sebanyak di samping memahami apa yang dihasratkan oleh Tuan Yang di-Pertua, juga
merasai benar bahawa orang-orang yang pernah ke Timur Tengah khususnya cuba untuk masuk
ke Gaza itu menghadapi suatu halangan yang begitu dahsyat yang dihasilkan oleh dasar luar
kerajaan yang sepatutnya paling rapat dan paling mudah membantu Palestin dan Gaza iaitu
Kerajaan Mesir sendiri.
Akan tetapi kita berterima kasih kerana sebagaimana disebutkan tadi, duta kita di Mesir
telah mengambil peranan yang agak penting walaupun tidak berjaya untuk memastikan bantuan
kita sampai ke sana. Yang pentingnya Tuan Yang di-Pertua ialah Kerajaan Malaysia,
Kementerian Luar Negeri sebagaimana kita sepakati dari semua pihak semalam mengambil
sikap bahawa bantuan kita, pengiktirafan kita, sokongan kita ialah kepada kerajaan yang sah di
Palestin itu iaitu kerajaan Hamas. Oleh itu segala kutipan yang dilakukan sama ada oleh pihak
kerajaan, Wisma Putra, oleh syarikat-syarikat media, New Straits Times dan sebagainya, wang
kutipan itu akan hanya sampai kepada rakyat Palestin di Gaza itu jika ianya disalurkan melalui
kerajaan Hamas.
Kita persetujui bersama semalam bahawa selagi ianya dibuat dan dihantar melalui sama
ada kedutaan mereka di Kuala Lumpur ini ataupun kepada parti Fatah dan kumpulan Fatah yang
berpejabat sebenarnya di Tebing Barat, di Ramallah dan seterusnya, maka kemungkinan besar
wang tersebut tidak akan sampai kepada rakyat yang sedang menanggung kesengsaraan
kemanusiaan yang tidak dapat dibayangkan dahsyatnya yang masih terus dialami sehingga ke
hari ini.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.