Dalam persidangan parlimen semalam, semasa menjawab soalan yang ana kemukakan bersama Ap lain, dimana menteri di JPM manjawab bersekali berhubung dengan PRK Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009 lalu, Timbalan menteri dalam negeri menjawab jumlah anggota polis yang bertugas didalam PRK KT tersebut adalah seramai 3376 orang meliputi semua unit dan jumlah perbelanjaan adalah RM 15.15 juta ringgit, dimana sewa canopy sahaja adalah RM 6 juta dan makan adalah RM 4 juta. Dimana syarikat yang membekalkan canopy adalah rukun saksama sendirian berhad.
Ana tak nak komen apa-apa, Cuma bila sampai kepada soalan pergaduhan atau rusuhan, maka menteri kata tiada rusuhan atau pergaduhan dalam PRK ini dan dikaitkanlah dengan ramai jumlah anggota polis tadi. Maka rasanya didalam dua PRK didua bukit nanti, kita jangan harap jumlah polis akan berkurangan disana kerana alas an tadi mungkin akan digunakan untuk menabsahkan segala tindakan dikemudian hari nanti.
Soalan kedua ana semalam juga pada no 4 dimana dijawab oleh Datuk Nazri bagi pihak PM berhubung dengan jumlah peruntukan untuk SPR dan Suhakam dan suruhanjaya yang lain dalam setahun, untuk SPR RM 862 ribu, untuk SUHAKAM adalah RM 1.503 juta. Dalam soalan tambahan ana, pertanyaan yang ditimbulkan adalah berhubung dengan cadangan oleh pengerusi SPR sendiri mengenai RO( pengurus PR ) yang mungkin dilantik dari anggota SPR sendiri, bukan dari kalangan anggota perkhidmatan awam saperti sekarang, ana ambil contoh saperti yang berlaku di PRK KT baru lalu dimana RO iaitu Datok Bandar KT memanggil 952 orang kakitangan bandaraya dan mengugut untuk membuang kerja mereka kalau menyokong PAS dalam PRK itu sehingga menyebabkan beliau dipecat serta merta dan diganti oleh orang lain. Memang macam biasalah menteri ni, dalam jawapan dia , kalau marah kat nyamuk, kenapa kelambu nak dibakar, dan kata dia kenapa pula pilihanraya 5 tahun sekali, tak kan nak lantik pegawai yang nak goyang kaki selama 5 tahun baru nak kerja.
Ana Cuma nak komen ini baru satu kes yang didedahkan, tetapi dalam kes yang lain Cuma malas orang nak laporkan saja RO yang jenis macam ni, oleh itu dalam setiap pilihanraya ana harap semua petugas parti perlu ada segala persiapan dan tenaga untuk kita membuktikan segala salahlaku yang dibuat oleh mereka yang diamanahkan ini agar kita dapat bertarung didalam padang yang sama rata untuk diadili oleh rakyat semua.
Satu persoalan lagi yang ana mendapat jawapan daripada Menteri Tenaga semalam adalah berhubung dengan jumlah rumah yang mendapt pengecualian bayaran bil letrik yang kuran dari RM 20 ringgit, dimana sehingga bulan Januari 2009 sejumlah 4,261,983 pengguna yan diberika pengecualian merangkumi 906,556 pada oktober, 1,127,560 pada November 2008, 1,092,925 dalam bulan Disember 2008 dan 1,134,942 dalam bulan Januari 2009. Kalau kita katakana hitung panjang setiap rumah menggunakan dalam lingkunagan RM 20 setiap bulan, lebih kurang 80 juta telah di berikan pegecualian dalam bentuk bil letrik ini.
Sebelum ini kita ada mendengar TNB telah menaikkan tarik sebanyak 12 % dan berikutnya sebanyak 26 % dan selepas itu barulah PM mengumumkan pengecualian ini dalam bajet 2009. Jadi setelah mereka menaikkan tarik dan dapat untung berbilion, baru nak bagi kepada rakyat . Apa yang menariknya adalah, baru-baru ini diumumkan pula TNB akan mengurangkan tarik sebanyak 5 % untuk mengurangkan bebanan rakyat kerana harga minyak dan gas sudah menjunam turun. Inilah yang selalu menjadi ratipan rakyat, naik macam kilat, tapi turun macam semut. Harga minyak dan gas sudah turun dari USD 140 setong kepada sekarang ini USD 34 setong, tetapi setelah menaikkan 26 % mereka Cuma nak turunkan 5 % sahaja. Memang tak salah kalau rakyat kata dasar lintah atas darat.
Wednesday, February 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment