RM 60 billion bukan merupakan jumlah yang kecil bagi Negara kita saperti Malaysia ini. Dalam bajet tahun 2009 yang dibentangkan sebelum kegawatan ekonomi tahun sudah, semasa harga minyak mentah dunia USD 147 ketika itu semasa harga komoditi Negara sawit dan getah masih lagi menyamankan, RM 220 billion telah dibentang oleh MOF ketika itu, DS Abdullah Badawi, tetapi tambahan RM 7 billion pada ransangan pertama dan RM 60 billion pada ransangan kedua ini dimana wang sejumlah itu akan diperolehi. Didalam pembentangan bajet semalam, MOF tidak pula memberitahu daripada mana jumlah itu akan diperolehi, Cuma yang RM 5 billion melalui penjualan bon itu saja yang dinyatakan, yang lainnya tidak dijelaskan.
Apakah kali ini sekali lagi yang akan menjadi mangsa adalah tabungan rakyat didalam KWSP, SOCSO, Tabung Haji dan lain-lain yang sentiasa akan menjadi ibu lembu bagi memerah hasil sehingga ia menjadi kurus kering dan akhirnya harapan rakyat untuk mendapat dividen yang tinggi dari simpanan mereka akan meleset akhirnya akhir akibat menjadi bank yang terpaksa member pinjaman yang keuntungannya masih belum tentu akan diperolehi lagi. Lihatlah kepada Tabung haji yang telah mengeluarkan dividen sebanyak 5 % baru-baru ini, dikatakan sudah cukup bagus, tetapi apakah pernah kita tijau sekitar awal 90an dimana TH pernah mengeluarkan devidennya sebanyak 9 % , pernah saya ingat dengan dividen saja kita sudah boleh belanja untuk buat Umrah ketika itu.
Kalau kita lihat pula pada intipati bajet ini untuk merangsang ekonomi dimana sejumlah RM15 bilion merupakan suntikan fiskal, RM25 bilion dana jaminan, RM10 bilion pelaburan ekuiti (untuk Khazanah Nasional), RM7 bilion inisiatif pembiayaan swasta dan off-budget, RM3 bilion insentif cukai.
RM10 bilion untuk pelaburan ekuiti Khazanah Nasional, yang RM25 bilion dana jaminan itu untuk siapa? Tidak dinyatakan secara terperinci apakah ini untuk bail outkah.
Insentif untuk membeli kereta baru produk negara Proton dan Perodua, RM 5000 bagi kereta berusia 12 tahun keatas, apakah ini juga merupakan semacam pertolongan mudah kepada kereta negara yang sedang tenat dalam mencapai jumlah penjualan sekarang ini. Satu segi memang kita tiada masalah dalam hal ini. Tetapi dalam hal yang lain, apakah ini bukan merupakan satu paksaan terhadap rakyat untuk mendapat suatu yang masih dipertikaikan kualitinya, bahkan kita lihat kerajaan negeri Sabah pun sudah tidak berminat lagi dengan Perdana sehingga terpaksa mencari Volvo sebagai kenderaan resmi mereka. Tak usah sebut kerajaan pakatan yang berhasrat hendak menjimatkan wang rakyat untuk jangka masa panjang terpaksa menukar kepada Camry atau Mercedes saperti Terengganu.
Pemberhentian pekerja merupakan satu masalah yang akan mencengkam rakyat kini, tetapi kalau hanya latihan yang diberikan, apakah mereka ini akan dapat diatasi masalah dalam masa terdekat walhal itulah yang diperlukan. Insentif kepada syarikat agar tidak memberhentikan pekerja rasanya lebih baik daripada mengadakan latihan , tetapi untuk jangka masa panjang, kita tak menafikan latihan ini. Begitu juga dengan Retrenchment fund yang sering diperkatakan oleh persatuan pekerja selama ini perlu diimplimentasikan segera agar masalah yang belum tentu akan berakhir bila ini dapat ditangani untuk masa hadapan pekerja kita.
Walaupun jumlah yang bakal berhenti yang diberitahu oleh MEF adalah 400000 orang, tetapi yang mendaftar di Jabatan buruh jauh lebih kecil sekitar 25000 sejak Oktober 2008, namun hakikat yang terpaksa ditangani adalah jumlah yang terpaksa mencari sesuap nasi untuk ahli keluarga jauh melebihi jumlah tersebut. Bayangkan kalau selepas latihan mereka masih lagi belum dapat menjana ekonomi, maka berlarutanlah masalah ini sehingga sampai kepelusuk negara dan masalah kemiskinan tegar akan menjadi topik utama perbahasan disesi depan nanti.
Tuesday, March 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment