Ya Allah berilah pertolongan kepada kami yang ingin mempelajari ilmu dalam bahasa ibunda kami sendiri, dan alimkan kami dengan ilmu menggunakan bahasa asing yang engkau ujudkan didunia ini.
Ya Allah berikanlah hidayah kepada mereka yang menzalimi kami dengan air asid dan gas pemedih mata yang menyusahkan kami dan sedarkanlah mereka bahawasanya anak-anak mereka juga menghadapi masalah mempelajari sains dan methametik dalam bahasa inggeris .
Ya Allah tunjukkanlah mereka bahawa melakukan kerja-kerja menzalimi orang itu adalah satu kerja-kerja syaitan, dan mereka yang cenderong kepada orang zalim itu akan akan disambar oleh api neraka mu , dan tidak akan mendapat pertolonganmu ya Allah.

Ya Allah berikanlah kekuatan kepada pejuang bahasa kami agar meneruskan supaya perjuangan menggunakan bahasa ibunda dalam mempelajari ilmu yang payah ini dikembalikan kepada bahasa ibunda kami.
Ya Allah, tunjukkanlah mereka bahawa mereka ini telah sesat dan kesesatan mereka yang hendak mengilmukan rakyat dengan bahasa asing itu sudah terlalu teruk dan sukar untuk kami pulihkan hati-hati mereka, hanya engkau sajlah ya Allah tuhan yang boleh membalikkan hati mereka kejalan yang benar.
Ana rasa terharu dan pilu bila melihat pak Samad kena gas pemedih mata

Kalaulah dibenarkan rakyat berjalan secara aman dan teratur menghantar memo tu, apakah salahnya, ni bila orang berkumpul dalam masjid pun ditembak gas, apa cerita. Kalau di Israel boleh juga kita percaya, pasal pejuang Palestin baling polis mereka dengan batu, tapi disini rakyat hanya nak serah memo saja kepada ketua Negara yang kita sanjung tinggi kedaulatannay dan boleh bertindak untuk kesejahteraan rakyat, tanpa bawa apa-apa senjata dan Seurat bulu roma polis pun tak tercabut, tiba-tiba dengan gas, air asid dan belantan kena kepada rakyat,


Ana ucapkan tahniah kepada bakal bekas PM yang berkata sesuatu perlu dilakaukan agar masalah PPSMI ini tidak menjadi bertambah teruk dan rumit, benar tu wahai Pak Lah, tetapi Datuk dah nak di bakalkan bekas PM oleh ahli parti Datuk sendiri, kalau boleh cepatkan sikit hal ini sebelum habis bulan Mac ni bagus la. Kalau tak sempat, harap Dato’ Kadar dan Mazlan boleh buat injunksi supaya tempoh ini dapat dilanjutkan lagi baik agar kerja yang belum selesai ni dapat dibereskan.
Satu yang menarik perhatian ana bila Dato’ A Samad Said menyatakan, ‘macam ni ka susahnya nak mempertahankan bahasa ibunda kita ‘ bila beliau terkena gas pemedih mata yang ditembak oleh penjaga keamanan Negara kita. Maklumlah anak-anak mereka semuanya pandai bila belajar sains dan math dalam bahasa inggeris, itu yang selalu dapat hadiah pelajar cemerlang tu, anak-anak penjaga keamanan dalam Negara kita semua lah tu. Tahniah ana ucapkan .
No comments:
Post a Comment