Tahniah juga kepada DS Rosmah

Tahniah juga kepad Tun Dr M dan isteri serta anak beranak yang diterima semula menjadi ahli UMNO tapi mungkin yang bernombor jutaan kut, sebab ahli UMNO sekarang ini dikatakan sudah 3 juta orang.
Ana juga berharap ada seorang lagi yang menjadi kebanggaan untuk dijadikan ahli UMNO tetapi telah di pecat seumur hidup dizaman Tun Pak Lah, berikrar dan agaknya nak mohon masuk UMNO kembali setelah Tun Dr M masuk semula, tetapi tak diterima lagi, harap PM baru ni dapatlah terima beliau kerana kita tak mahu beliau manjadi hantu raja yang mencari telur merata tempat tetapi tak bertuan.
Juga dengan kemasukan semua itu nanti diharap juga agar peritiwa 99 akan berulang kerana arkitek kepada scenario 99 sudah berada didalam bahtera tersebut, dan harapan agar arkitek tersebut akan menjadikan bahtera itu cepat karam adalah makin terserlah. Masakan tidak, hari ini kutuk dan 'menyebai' pasai marahkan rasuah, esok boleh masuk dok dalam satu khemah walaupun memang sah dan disahkan bahawa rasuah itu telah berjalan .
Dalam keghairahan memperkatakan pasal orang dibelakang PM baru kita ini, ana juga terperasan bahawa manusia yang mengangkat nama PM kita diawal mula dulu

Apapun ana nak ucapkan syabas kepada bekas PM Tun Pak Lah

No comments:
Post a Comment