Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Saturday, May 9, 2009

Pasukan keselamatan YAHUDI mengheret keluar rakyat Palestin.

Pasukan polis (akui KP Perak) heret speaker yang sah lagi bertauliah DUN Perak keluar dewan .


Apa yang berlaku di Perak pastinya semua rakyat seluruh Negara dan seluruh dunia juga sudah mengetahui melalui lakaran cerita dan gambar yang dipaparkan melaui internet bahkan ianya lebih telus daripada berita yang disiarkan oleh akhbar harian yang jelas memilih berita sebelah pihak dan ulasan dari Prof K terutama dari university diutara tanahair .

Ana tergelak berdekah-dekah bila seorang Prof K menyatakan dah tak dapat sokongan mengaku sajalah dan biarlah BN perintah. Ana bukan macam Bakaq tukang beca tu, kalau ana macam penarik beca tu dah lama ana carutkan Prof K tu, otak boh kepala mana tak tau, memang orang kata macam lembu ‘ada otak tapi tak dak akai ‘, orang utara kata. Sebenarnya sapa yang kalah Prof K ooi, pakai la akai yang Allah taala bagi tu sikit, jangan sampai nak bodek terus dalam kebebalan dan kedunguan kita tu sentiasa, tak kan sampai nak bodek pun masih lagi nak menegakkan benang basah, rakyat dah ramai yang cerdik belajar dari Prof betul, bukan daripada Prof K macam yang diulas tu.
Cuba lihat ulasan yang dibuat oleh Prof Aziz Bari dan Prof Malik Imtiaz yang diiktiraf seantaro dunia, baru la boleh dipakai dengan adanya hujjah dan fakta, tak la macam Prof K tu, dahla kangkong, dunia tak iktiraf pula tu.
Lihat kronologi peristiwa diPerak barulah boleh tahu sapa yang rakyat tolak dan sapa yang rakyat terima Prof K ooi. PRU 12, sapa yang rakyat lantik dan menang dalam PRu tu, sapa pula yang perintah dan sapa yang jadi pembangkang dan sapa yang angkat sumpah jadi menteri besar, dan sapa pula yang rampas kuasa kononnya mendapat sokongan majority dalam DUN Perak.
Mulanya 3 ADUN yang dikatakan sokong BN tu telah buat surat letak jawatan, dah speaker sahkan kenapa tak mau adakan PRK masa tu, yang SPR dok siasat surat itu dan ini pasai pa pulak , kenapa, bukankah itu semua kerja speaker yang tentukan. Pasai apa kes Penanti juga ada surat letak jawatan dan kes Bukit Selambau juga ada surat letak jawatan, kenapa SPR tak siasat macam yang 3 orang di Perak tu. Nasib baik Bukit Gantang dan Batang Ai tak payah nak dakwa dakwi kata penginshtiharan speaker tu tak sah, kalau tidak jenuh SPR nak kena siasat pulak.
Dah depa letak jawatan, kenapa pulak tak ada PRK dan kenapa pulak depa boleh kata sokong pulak BN untuk bentuk kerajaan. Dah letak jawatan, habis la status ADUN depa dan tak boleh lah lagi sokong mana-mana , dan tak adalah lebihnya pada BN wahai Prof K ooi. Tak kan yang ni pun nak kena ajar kut, Prof di U tu ajar ilmu politik macam mana. Tak tau tanyalah Prof Aziz Bari atau Prof Malik Imtiaz no.
Bab sokong pula, tak kanlah boleh sokong macam kita sokong pasukan bola dipadang kot, dia ada peraturan dan perlembagaan wahai Prof K ooi. Kot la depa kata saya ADUN sekian-sekian sokong sekian sekian pasukan , bukan boleh angkat tangan macam dimarket atau dewan sekolah, dia kenalah menandakan sokongan didalam DEWAN UNDANGAN NEGERI yang bersidang baru boleh aci, bukan pakai kata sokong, maka boleh majority, ni pakai peraturan mana pulak macam ni, entah apa ilmu yang Prof K ajar kat anak murid di U yang Prof mengajar tu, mampuaih anak murid kalau ramai lagi macam Prof K ni.
Dah kata sokongan dapat dibawah pokok pelam, tubuh kerajaan dalam suasana MB masih ada, macam mana pulak rakyat nak patuh mana satu MB betui dan mana satu MB tak sah, kerana tak boleh ada 2 MB yang perintah. Tentu salah satu yang tak sah.
Pasai speaker pula, bila dah YB Siva masih ada lagi, macam mana Datuk G boleh mai duk tercongok jadi speaker pulak, dah la peraturan tak tau, nak kendalikan mesyuarat pun kena ajar pula tu, macam mana nak dapat kepercayaan rakyat. Speaker kenalah tip top peraturan dalam kepala dia, bukan main tanya orang bawah nak buat lagu man, agaknya speaker ni dulu belajar politik dari Prof K la kut!.
Timbalan speaker kata dia yang terima usul perlantikan speaker, macam mana timbalan boleh terima usul padahal speaker masih ada dan berfungsi, macam 2 MB tadi la. Dah lah Tim Speaker gugur dari jadi ADUN pasal hantar surat letak jawatan , macam mana dia boleh lagi pegang jawatan Tim Speaker. Ini semua haru biru karat wahai Prof ooi.
Lepas tu bila dah Speaker pun tak sah perlantikan, bila pula dia pi anghkat sumpah jadi speaker terima tanggungjawab tu daripada ahli dewan semua dalam keadaan biasa dimana diadakan majlis angkat sumpah terima tanggung jawab dan tanda tangan pegang tugas. Orang jadi ADUN pun angkat sumpah, tak kan jadi speaker terus jalankan tugas tanpa angkat sumpah kut, mungkin ilmu politik baru yang diajar oleh Prof K tu lah kot.
Lepas ni apa juga yang berlaku dalam DUN Perak memang tak boleh pakai kerana semua rentetan kronologi peristiwa adalah berlawanan dengan peraturan mesyuarat dewan dan perlembagaan Negara saperti mana telah diulas oleh Pakar Perlembagaan dari UITM dan IIUM itu.
"Apa yang berlaku di Perak itu bagaikan persetubuhan haram yang melahirkan anak dan cucu yang kemudiannya melibatkan komplikasi dan kekeliruan tentang taraf dan hak anak-anak yang tidak berdosa itu," tegasnya.
Paling menyedihkan, kata Prof Aziz lagi, sebagaimana sidang di bawah pokok dua bulan lalu sekali lagi polis memainkan peranan utama.
"Sebelum ini kita mendengar bagaimana Ketua Polis Negara sendiri dalam kekecohan yang berlaku di Dewan Rakyat mengakui yang mereka tidak boleh masuk dewan. Anihnya di Perak ada pula undang-undang lain yang mereka pakai".
Di sisi perlembagaan dan undang-undang mahkamah, apalagi polis, sebenarnya mereka tidak boleh campur urusan dewan.
"Apa yang polis lakukan ialah pencerobohan dan jenayah. Tetapi kita tak boleh buat apa-apa kerana kita bergantung kepada polis. Ini kes pagar makan padi," katanya kesal.
Satu lagi yang memang jelas melanggar peraturan adalah bila depa tak boleh nak kendalikan ikut peraturan maka diangkut polis untuk usung speaker yang sah dan masih berfung lalu dirampas kuasa, macam ni ka nak suruh rakyat percaya persidangan ni. Lihat apa yang berlaku didalam siding dewan rakyat, KP sendiri dan Menteri sendiri ulas, tiada hak Polis nak ganggu sidang dewan.
Mungkin inilah nampaknya zaman gelap politik Negara kita hasil dari manusia yang rakus kuasa dan membuat apa saja mengikut nafsu tanpa memperdulikan undang-undang dan peraturan. Sikit-sikit panggil polis, tangkap dan sumbat dalam . Kalau macam ni rimau lagi kuat dan layak jadi pemerintah.
Ini semua adalah kerja manusia yang takut nak menghadapi pilihanraya macam depa takut nak menghadapi PRK di Penanti.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.