Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Sunday, July 26, 2009

Sekolah integrasi Faizin


Sekolah Integrasi Faizin, sebuah sekolah rendah swasta yang terletak di Guar Cempedak telah terbakar salah satu blok bangunannya dua minggu lepas 10/7/09.
Blok tersebut menempatkan kelas, bilek guru dan pentadbiran. Sekolah ini adalah sebuah sekolah yang ditubuhkan atas inisiatif penggiat pendidikan didalam usaha untuk memantapkan lagi didikan anak-anak didalam bidang akademik dan keugamaan sejak dari peringkat rendah lagi.
Pelajar terdiri dari murid darjah satu hingga enam . Asrama juga disediakan untuk mereka yang ingin anak berada diasrama dan ada juga yang berulang-alik .
Dengan musibah yang menimpa ini sedikit sebanyak gangguan didalam perjalanan pengajian telah berlaku dan ubah suai terhadap prasarana telah dibuat untuk menyambung kembali kelas pengajian .
Sebagai Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Kedah, ana telah melaksanakan amanah untuk membantu sekolah dengan sedikit sumbangan kepada pengerusi pentadbir sekolah Ust Musaddak Ahmad.

Kepada penderma yang berhajat untuk melabur saham akhirat bolehlah mengirim cek kepada sekolah integrasi faizin, Guar Cempedak, Kedah.
Sama-samalah kita membantu agar segala kerosakan akhibat kebakaran ini dapat dibina semula untuk anak-anak ini dapat meneruskan pendidikan mereka dengan sempurna semula.
Pada masa ini, surau telah diubahsuai menjadi bilik kelas dan khemah didirikan sebagai surau sementara.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.