Najib tegaskan Umno adalah parti Islam sebenar
SIK: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, Umno adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat Islam dan negara ini.
Katanya, Umno sememangnya membela dan menaikkan taraf hidup umat Islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan Felda.
"Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan Umno sejak 53 tahun yang lalu berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam dengan membuka tanah rancangan Felda dan adakah ini bukan tuntutan Islam?," katanya ketika menghadiri majlis Rahmat Ramadan di Felda Teloi Timur di sini, hari ini.
Tak hairan ana nak dakwa apa pun , bahkan kalau kita lihat balik dakwaan TS Sanusi junid dulu menyatakan PEKEMBAR ( UMNo tu bahasa Inggeris) adalah parti Islam terbesar didunia.
Nak mengaku memang mudah dan boleh, tak ada sapa yang boleh marah, tapi kena lihat realiti dalam apa yang diperjuangkan dan semangat yang terdapat didalam perjuangan tersebut.
Kalau memerintah tapi buat kezaliman didalam mengagihkan rezeki yang Allah taala bagi, sepatutnya Kelantan terima royalti, sepatutnya Terengganu terima royalti, sepatutnya rakyat miskin semua kefahaman terima rumah PPRT dan rumah KEDA , sepatut semua rakyat yang miskin mohon pinjaman TEKUN dapat pinjaman, sepatutnya semua jalan kampong yang belum berturap diturap untuk kemudahan semua rakyat yang sering bayar cukai, tetapi apa yang berlaku hanya diberi dan diutamakan kepada PEKEMBARputra dan kroni putra , yang lain biar merempat dan biar makan pucuk kayu, bahkan kalau boleh biar mampus hampa semua.
Lihatlah betapa 52 tahun merdeka, siapa yang sering dapat kontrak dan projek, siapa yang kaya dan raya, siapa yang mewah dan milionair, bukankah puak mereka kerana semuanya dilakukan tanpa ada keadilan dan ihsan. Kalau keadilan dilaksanakan tanpa memilih bulu, rasanya tidak akan berlambak lagi jumlah kemiskinan teruk dalam negara kita ini, kalau perumahan dibuat untuk keselesaan rakyat bukan untuk super mewah, rasanya tiada lagi rakyat yang merempat tiada berumah, dan kalau agihan kekayaan tidak disonglap oleh komisyen dan duit kopi, rasanya ramai lagi rakyat yang boleh dapat merasai habuan kek negara tersebut.
Tapi malang sekali, kezaliman didalam melaksanakan tanggungjawab sosiallah, maka semua ini telah terlaksana hasil daripada kekayaan yang Allah anugerahkan kepada negara kita ini.
Kata Mahatma Ghandi' the world is enough for the needy, but never enough for the greedy'
Walau pun beliau (PM) membaca maksud hadith Rasulullah, ka dal fakru an yakuuna kufran', tetapi kenapakah ketidakadilan sosial masih lagi dilaksanakan, turunlah kebawah dan lihat apa yang telah, sedang dan akan dilakukan oleh JKKKP yang dilantik dinegeri PR ini. Apa pula perana pegawai pembangunan persekutuan di Kedah ini, apa pula peranan penghulu persekutuan dan pegawai pembangunan daerah pusat di Kedah ini kalau bukan tujuan untuk melaksanakan diskriminasi pentadbiran. Apakah ini yang dihasratkan oleh Parti yang mengaku saperti didakwa PM tersebut.
Baca berita dibawah, sedih juga ana , mana tak kena nih. Kesian kawan kita tu, dah habis RM 218 juta, dah la duit tak dibayar, tetapi kena pula denda RM 10 K. Inilah bahananya berurusan dengan parti yang menyatakan memperjuangkan saperti dakwaan PM tersebut diatas. Ana malas nak sebut perkataan tu, kerana geli, tak sesuai rasanya nak pelaga dengan PEKEMBAR dan Islam.
Pada 17 Julai tahun lalu, Umno sebagai defendan telah diperintah oleh Mahkamah Tinggi membayar Elegant Advisory RM218 juta, serta kos dan faedah selepas defendan gagal menjawab saman.
Tetapi hari ini, Mahkamah yang sama telah membatalkan saman tersebut dengan alasan ia tidak memenuhi Seksyen 71 Akta tersebut dan tidak ada kaitan kontrak antara Elegant Advisory dan Umno.
Malah Hakim tersebut juga mengarahkan Elegant Advisory membayar RM10,000 kepada UMNO dalam tempoh 14 hari!
Tentulah terkebil-kebil mata Elegant Advisory.Sudahlah RM218 juta lebuh hilang entah kemana, kena pula bayar RM10 ribu! Memang tiada untungnya berniaga dengan Umno. Serik!
Hebat permainan silap mata yang didalangi oleh siapa lagi kalau bukan oleh Umno sendiri! Macam ini ke nak bela peniaga Melayu? Siapa yang makan Melayu? Memang dasar Umno menjahanamkan orang Melayu disebalik laungan berapi-api kononnya membela Melayu!
Maka Peguam Umno , Hafarizam bukan main seronok lagi lalu dengan gah berkata bahawa keputusan mahkamah itu membuktikan parti itu tidak terbabit dalam perbelanjaan mewah dalam kempen pilihanraya.
Lain kali kalau mana-mana pihak yang nak berniaga dengan PEKEMBAR ni, kena minta duit dulu baru boleh supply barang, kalau tidak lesap macam syarikat ni lah, bukan setakat alaong, ini lebih dahsyat daripa along nih.
Thursday, September 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment