Sunday, September 13, 2009
Sumbangan Ramadhan
Selamat berpuasa dan selamat beribadat diakhir Ramadhan ini. Semoga kita digoongkan oleh Allah didalam mereka yang mendapat ganjaran Lailatul Qadar yang lebih baik dari seribu bulan. Usahlah kita mempertikai bilakah Malam Qadar itu akan datang , genap ke ganjil ke, tetapi sekiranya kita berada didalam keadaan sentiasa beribadat kepada Allah, maka insyaAllah kita berdoa moga kita termasuk didalam golongan yang berjaya mendapat ganjaran tersebut.
Apa yang menjadi satu pertikaian kadang-kadang sampai kepada pertengkaran adalah masing-masing hendak menegakkan hujah beliau dan akhirnya langsung terlepas dari mendapat peluang untuk mendapat ganjaran malam Qadar tadi. Sama-samalah kita berusaha di 10 malam akhir Ramadhan ini untuk membuka peluang untuk berada diantara mereka yang dipilih oleh Allah untuk bertemu dengan malam Qadar tersebut.
Disebelah pagi tadi, sumbangan diadakan di Kampong Padang Durian dan Kampong Rambai terutama kepada warga emas dan ibu tunggal. Majlis sumbangan ini juga mendapat kerjasama daripada Syarikat Era Edar dimakan pegawai eksekutifnya Puan Asiah sendiri datang menyampaikan taklimat barangan produk keluaran syarikat tersebut yang mementingkan halalan toyyiban.
Dalam suasana kemeriahan menyambut Syawal ini, maka banyaklah program berbuka dan menyampaikan sumbangan diadakan dan ana tidak terlepas dari program ini yang diadakan semalam di Balai Islam Perupok dan Surau Kampong Bechah.
Sumbangan diberikan kepada mereka yang kurang bernasib baik dari kawasan sekitar. Moga dengan sumbangan yang tidak seberapa ini akan dapat memeriahkan hati mereka yang menerima dan meringankan bebanan mereka menyambut Syawal nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment