Sunday, September 27, 2009
Rumah terbuka aidil fitri Ahli Parlimen Pendang.
26 September 2009, ana telah mengadakan majlis rumah terbuka aidil fitri dirumah ana pada tahun ini . Alhamdulillah jemputan boleh dikatakan menggalakkan daripada semua penduduk sekitar Pendang dan juga kawan-kawan lain jauh dan dekat.
Ada sahabat PPIK dari Sungai Petani dan Alor Setar yang dijemput hanya dengan hanya SMS sahaja sanggup datang untuk meraikan rumah terbuka ana ini dan diucapkan ribuan terima kasih kepada mereka semua.
Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat didalam penyediaan juadah yang dihidangkan dan juga kepada Nisak dan Muslimat yang banyak membantu didalam melayan pengunjung menjamu selera.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan batin kepada semua moga tahun depan Insyaallah kita dapat mengadakan lagi majlis yang serupa.
Kalau dilihat dari segi penganjuran majlis hari raya ini,memang setiap tahun ada saja perubahan yang dibuat kerana kita ingin melihat cara manakah yang paling ideal untuk menganjurkan majlis dan dikehendaki oleh masyarakat setempat. Kita biasa mengadakan majlis melalui cawangan mengikut zon, kita biasa mengadakan majlis didewan MDP, dan juga biasa mengadakan majlis ditempat awam dan di Pejabat PAS sendiri serta pernah sebelum ini di rumah Wakil Rakyat dengan kerjasama Pejabat PAS Kawasan Pendang, yakni perbelanjaan jamuan di tanggung sama oleh Pejabat Kawasan.
Mungkin dengan berlangsungnya berbagai cara sambutan jamuan ini, dapatlah diambil kesimpulan cara manalah yang paling molek dan sesuai dan disukai oleh sekelian penduduk didalam meraikan dan mengadakan jamuan aidil fitri nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment