Suasana paling teruk ana lihat adalah rumah En Ibrahim di Kampong Guar Kepayang yang mengalami kerosakan struktur yang teruk dan sudah tidak boleh dibaiki


Ana merayu kepada sesiapa yang bermurah hati untuk membantu meringankan beban beliau bolehlah menghubungi PAS Kawasan Pendang untuk menyalurkan bantuan atau ana sendiri melalui talian 047411748 atau En Abd Rahman SU Lajnah Kebajikan PAS Kawasan talian 013 4093850. Moga dengan pertolongan kawan dan rakan dapat mempercepatkan menyiapkan rumah yang beliau bina sejak sekian lama itu.
Antara kampong lain yang terlibat adalah di Panchor, Becah , Lubok Ular, Lahar Batu , Carok kudong dan Banggol Petai. Ada yang rosak dipukul ribut terus dan ada yang rosak kerana ditimpa pokok yang tumbang tiup angin.
Lawatan ana tersebut juga disertai oleh Pegawai dari JKM Pendang untuk meninjau tahap kerosakan yang dialami oleh mangsa.Dalam lawatan tersebut sedikit sumbangan diberikan kepada mangsa terlibat hasil dari sumbangan lajnah kebajikan Pas kawasan dan negeri.
Ana bersyukur kepada illahi kerana tiada kemalangan jiwa didalam trajedi semalam itu.
Ada diantara rumah ini sudah biasa terkena ribut pada tahun lepas, setelah dibaiki dan belumpun pulih sepenuhnya , terkena lagi ribut yang terus menghilangkan bumbung rumah beliau saperti terjadi pada En Ahmad Daie ini.

Moga mereka yang terlibat bersabar menghadapi ujian ini dan membuat lapoan kepada pihak terbabit agar bantuan sewajarnya dapat diberikan.
No comments:
Post a Comment