Tuesday, October 6, 2009
Terima kasih Baloh.
Streamyx tersangkut maka beberapa hari ana tak dapat nak kemaskini blog ini. Banyakperistiwa berlaku tetapi tak dapat nak dimuatkan dalam blog ini nak pergi cc pun rasa malas nak menumpang dengan orang lain walau bagaimanapun ana ucapkan syabas kepada TM kerana dia janji nak selesaikan masalah dalam masa dua haribekerja maka ianya dapat ditunaikan.
Kali ini cuma nak mengucapkan terima kasih kepada UPU Kg Baloh yang senantiasa menjemput ana untuk mengunjungi Kampong mereka dengan bermacam program yang dianjurkan oleh mereka sendiri disamping itu dapatlah ana mengetahui akan masalah yang mereka hadapi. Kebanyakannya adalah masalah pembangunan kecil dikampong-kampong yang perlu diselaraskan oleh penghulu dan MKK dengan pejabat daerah bagi projek yang dibawah kendalian kerajaan negeri dan tempatan bagi yang dibawah kendalian kerajaan pusat tu kenalah ana bawa kesidang parlimen nanti.
Majlis yang ana maksudkan itu adalah tak lain dan tak bukan makan ketupat dan lemang dijamuan hari raya . Paling istimewa pada hari tu adalah ABC dan cendol pulut yang diusahakan oleh pemuda kampong tersebut daripada bahan mentah hinggalah kepada proses menyajikan hidangan , semua dilakukan oleh mereka, tahniah pemuda baloh. Lepas tu sumbang duit raya kepada budak-budak.
Terima kasihlah atas jemputan dan sokongan semua pihak,khabarnya ramai yang hadir pada petang tu yang terdiri diri penyokong PAS dan UMNO yang turut sama menjamu selera.
Lepas ke Baloh, ana diberitahu pasal adalagi rumah yang kena ribut, jadi bergegas pula ana ke Kpg Durian di Paya Rawa melihat rumah En Awang Kechik Mahmud
yang ditimpa pokok getah yang kena ribut hari sebelumnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment