Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Tuesday, November 17, 2009

belanja macam duit mak bapak dia aje!!

Apa yang kita marah sangat dengan bayaran wang ehsan ini adalah kerana apa yang telah dan jelas berlaku kepada ehsan minyak kepada negeri Terengganu selama ini setelah PAS perintah pada tahun 1999 setelah diubah daripada royalti kepada ehsan.

Hasil daripada ucapan YB Kuala Terengganu.

Depa buat macam duit mak bapa mereka saja , tabur sana dan tabur sini.
Apa yang kita kesal adalah yang ditabur tu adalah duit rakyat , tapi yang dapat tu adalah ketua-ketua parti yang menjadi tonggak pemerintahan disesuatu negeri tu.

Tuan Yang di-Pertua, saya sebutkan perkara ini kerana mantan Perdana Menteri Tun
Abdullah Ahmad Badawi, saya ingat tarikhnya iaitu pada 14 Jun 2008 buat kenyataan berjanji
untuk bayar balik, serah balik, kembalikan royalti petroleum ke negeri Terengganu. Menjelang
pilihan raya kecil Kuala Terengganu, waktu saya mula bertanding untuk Parlimen Kuala
Terengganu hampir setahun yang lalu. Timbalan Perdana Menteri ketika itu yang sekarang
menjadi Perdana Menteri datang berkempen dan menyerahkan replika cek RM408 juta kepada
Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu dan dilaporkan dalam Berita Harian, dalam
beberapa akhbar perdana, Berita Harian melaporkan di mana Perdana Menteri berkata “Kerajaan
Pusat mengembalikan hak rakyat Terengganu dengan menyerahkan wang royalti kepada
kerajaan negeri sebanyak RM408.6 juta”, sebut royalti tak timbul soal Wang Ehsan.
Katanya lagi saya ikut apa yang disebut dalam Berita Harian, “kabinet juga memutuskan
pemberian Wang Ehsan akan dihentikan kerana Kerajaan Pusat menghormati perjanjian yang
termaktub dengan Kerajaan Terengganu berhubung dengan pembayaran royalti’, tapi ini semua
fakta yang tak betul Tuan Yang di-Pertua. Ini fakta pembohongan kerana apabila saya semak
laporan Ketua Audit Negara untuk kerajaan negeri Terengganu, dinyatakan bahawa pembayaran
sebanyak RM408.6 juta ialah baki peruntukan dana khas bagi tahun 2007 dan 2008 yang
berjumlah RM408.6 juta itu yang sepatutnya telah diterima dibayar pada Disember 2008.
Itu hakikatnya, jadi Tuan Yang di-Pertua “ikan siakap senohong ikan duri, mula-mula
cakap bohong lama-lama mencuri”, lepas itu merompak. Tanda-tanda orang munafik Tuan Yang
di-Pertua...
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Lepas itu jadi Perdana Menteri.
DR. 4.11.2009
96
Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid Endut [Kuala Terengganu]: ...apabila dia berjanji dia
mungkir, apabila diberi amanah dia khianat. Tuan Yang di-Pertua, isu royalti Terengganu ada
dua komponen, pertama ialah bayaran 5% kepada kerajaan negeri oleh Petronas seperti mana
dalam perjanjian yang ditandatangani oleh kerajaan negeri dengan Petronas pada 22 Mac 1975
dan pembayaran ini dibuat dua kali setahun pada bulan Mac dan pada bulan September setiap
tahun. Oleh sebab dah berjanji nak bagi waktu kempen pilihan raya kecil Kuala Terengganu, tapi
dah hampir setahun tak bagi lagi tapi hari ini timbul balik duit Wang Ehsan.
Sepatutnya dia bayar, ini tidak timbul masalah. Komponen kedua ialah, bayaran balik
jumlah perbelanjaan di bawah peruntukan dana khas dari wang royalti petroleum Terengganu
yang digunakan oleh kementerian-kementerian, agensi-agensi Kerajaan Persekutuan, kerajaankerajaan
negeri dan juga Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang berjumlah RM8.31
bilion. Kementerian, agensi, jabatan-jabatan kerajaan menggunakan duit negeri Terengganu
untuk digunakan bagi perbelanjaan kementerian masing-masing termasuk Syarikat Perumahan
Negara. Ini tidak termasuk lagi RM1.3 bilion yang masih dipegang Kementerian Kewangan yang
belum diserahkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu.
Tuan Yang di-Pertua, Perdana Menteri mengemukakan bajet. Temanya seperti mana
yang tercatat, “1Malaysia, Kemakmuran Bersama”. Canangkan pengagihan kekayaan negara
yang adil dan saksama. Bercakap soal pembangunan yang seimbang antara wilayah dan antara
negeri, slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Saya nak tanya kerajaan, mana
ada negeri-negeri lain di Malaysia ini selain daripada Terengganu yang mana peruntukan
pembangunan dan pembiayaan projek-projek oleh kementerian dan jabatan kerajaan pusat
dibiayai oleh daripada duit dana khas hasil royalti negeri Terengganu.
Jumlahnya cukup besar, RM7.7 bilion digunakan. Banyak projek yang dirancang dan
dilaksanakan di negeri Terengganu oleh kementerian menggunakan duit negeri, tidak diambil kira
keperluan dan keutamaan sebenar rakyat negeri ini dan jelas membazir dan ini diakui sendiri
oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu sendiri, wujud salah guna dan
penyelewengan dana khas persekutuan yang disalurkan kepada kementerian. Ini disahkan oleh
laporan audit. Kalau ada masa saya nak sebut satu apa yang disebut oleh audit, tetapi sebagai
contoh Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelajaran perbelanjaan kesemua peruntukan oleh
kementerian daripada tahun 2001 hingga 2005, sebanyak RM443.25 juta untuk bina sekolah
baru, membina blok-blok baru tambahan untuk bilik darjah di seluruh negeri Terengganu, ia
belanja RM443.25 juta, guna duit dana khas buat sekolah di Terengganu.
Ini tidak ada perancangan sampai terdapat 42 buah sekolah yang muridnya tidak sampai
152 orang. Negeri-negeri lain juga dapat duit royalti Terengganu, negeri Kedah dapat, Kelantan
dapat, Perlis dapat, Pahang dapat, Negeri Sembilan pun dapat dana khas ini. Diagih macam duit
ayah dia sahaja, duit bapak dia sahaja. Ini yang berlaku dan dilaporkan oleh audit. Apa yang
buat saya terasanya Tuan Yang di-Pertua, dia beri kepada Kelantan, bukan beri kepada Kerajaan
DR. 4.11.2009
97
Negeri Kelantan, dia beri kepada Ketua Perhubungan UMNO Kelantan, digunakan untuk projek
politik. Saya ambil contoh...
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Kuala Terengganu. Terima kasih Tuan
Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat ada menyebut bahawa keputusan Kabinet bahawa
kerajaan akan membayar kembali royalti kepada negeri Terengganu kemudian Yang Berhormat
ada menyebut bahawa perjanjian dibuat antara Petronas dengan Kerajaan Negeri Terengganu
dan Kerajaan Negeri Kelantan yang meletakkan syarat tiga batu nautika. Ini bermakna adakah
Yang Berhormat bersetuju bahawa penjelasan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri pada pagi tadi yang mengatakan bahawa Kelantan dan Terengganu tidak berhak
mendapat royalti adalah merupakan satu pembohongan yang besar yang dilakukan oleh Perdana
Menteri di dalam Dewan yang mulia ini. [Tepuk].
Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid Endut [Kuala Terengganu]: Saya bersetuju dengan
Yang Berhormat Pokok Sena. Kalau itu alasan diberi, Sabah dan Sarawak juga tidak ada hak
untuk mendapat royalti. Ini realiti, itu sebabnya bila royalti Terengganu diagih kepada negerinegeri
lain, sebagai contoh negeri Kelantan, ia dapat dari tahun 2001 hingga 2005, RM53 juta
walaupun tak banyak. Ini sampai 2005 sampai sekarang saya tak tahu. Negeri Kedah dapat
RM40 juta yang sedapnya Tuan Yang di-Pertua, antara yang di sebut oleh audit ialah
pembayaran antara duit yang digunakan ialah pembayaran sumbangan bagi program pusat
tuisyen anjuran Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani.
Negeri Perlis, Perlis kecil pun dapat juga RM35 juta duit dana khas ini daripada tahun
2003 hingga 2005, negeri Pahang dapat RM34 juta dan antara yang digunakan ialah RM6 juta
dikeluarkan kepada Jabatan Pembangunan Negeri Pahang pada bulan Disember 2002 dan
disalurkan kepada Jabatan Kerja Raya daerah Pekan untuk menampung pembinaan Kompleks
Majlis Agama Islam dan Adat istiadat Resam Melayu Negeri Pahang. Negeri Sembilan lagi syok,
dapat duit sebanyak RM41.4 juta dan sebahagian daripada duit itu iaitu RM4.5 juta digunakan
bagi projek ubahsuai rumah tetamu Kerajaan Negeri Sembilan untuk kediaman rasmi Yang Amat
Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan. Ini antara yang dilaporkan Tuan Yang di-Pertua.
Antara senarai projek kementerian dan jabatan kerajaan di Terengganu, tadi saya sebut
di negeri lain, di Terengganu, yang menggunakan duit dana khas dibelanjakan oleh kementerian
untuk buat projek di Terengganu termasuk projek jalan raya seluruh negeri, RM800 juta tapi
pengakuan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu, tidak tahu bahagian jalan yang
dibuat, dalam hutan? Tahu-tahu bila nak minta balik tanah daripada kerajaan negeri. Tidak ada
perancangan. Lebuh raya Pantai Timur (LPT2) jumlah kos projek ialah RM3.7 bilion dan dia
menggunakan 50% duit negeri sebanyak RM1.8 bilion.
1650
Naik taraf terminal dan juga naik taraf landasan Lapangan Terbang Sultan Mahmud.
Naik taraf terminal RM130 juta, naik taraf landasan RM530 juta. RM660 juta semuanya
DR. 4.11.2009
98
digunakan dana khas duit negeri Terengganu. Mana ada dalam negara ini lapangan terbang
dibina oleh Kementerian Pengangkutan menggunakan duit negeri. Monsoon Cup pun begitu,
RM360 juta. Monsoon Cup ini perbelanjaan tidak dihantar kepada audit untuk diauditkan kos dan
juga perbelanjaan-perbelanjaan yang digunakan. Begitu juga tidak diberikan laporan untuk
diauditkan. Ini Monsoon Cup di negeri Terengganu.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, soal airport sebagai contoh lapangan terbang. Kalau kita
hendak ambil mudah Tuan Yang di-Pertua, kita ada tanah. Kita cari duit, kita buat rumah. Bila
siap rumah yang kita bina kita beri sewa tapi hasil sewa orang lain yang kebas. Buat airport guna
duit negeri tapi airport tax orang lain yang ambil. Negeri Terengganu tidak dapat manfaat.
Serupa juga macam lebuh raya yang saya sebutkan tadi.
Jadi itulah sebabnya Tuan Yang di-Pertua, belanja duit dengan cara yang tidak berkat ini,
menggunakan duit dengan tidak ikut prosedur, menggunakan duit orang bagi membina beberapa
perkara yang saya sebutkan tadi, akhirnya tuhan hendak tunjuk, banyak perkara yang telah
berlaku. Projek dan pembangunan yang dibuat banyak yang runtuh, banyak yang mendap, yang
bocor. Ini senarai yang sempat saya catatkan untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan diakui
sendiri dalam persidangan Dewan. Sebagai contoh, Dewan Sekolah Menengah Bukit Besi
bumbungnya runtuh. Dewan Sekolah Menengah Wakaf Tapai runtuh, Stadium Sultan Mizan
Zainal Abidin juga bumbungnya runtuh. Pusat Akuatik Batu Burok bocor dan tidak boleh guna,
Stadium Tertutup Kompleks Gong Badak juga mendap, lapangan terbang harga begitu mahal
tapi silingnya runtuh dan bocor. Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal bocor dan yang terakhir
Masjid Batu Putih Kemasik bumbungnya runtuh. Itu belum termasuk lagi satu menara
telekomunikasi yang jatuh, runtuh di atas bangunan pusat khidmat salah seorang ADUN UMNO
di Hulu Besut, Terengganu.
Tuan Yang di-Pertua, yang kita harap dari segi apa yang saya sebutkan tadi bila berlaku
keruntuhan, berlaku kebocoran, mendap dan macam-macam perkara yang berlaku, Menteri
turun, Menteri Besar pun turun. Tubuh jawatankuasa penyiasat tapi sampai sekarang tidak ada
disebutkan secara jelas apa punca berlaku keruntuhan-keruntuhan tersebut. Yang kita hendak
persoalkan, di mana agensi-agensi kerajaan. Jabatan Kerja Raya, PBT, SPRM yang sepatutnya
mengawal. Kalau satu, dua bangunan itu mungkin barangkali atas kesilapan-kesilapan kecil tapi
satu demi satu runtuh dalam waktu dan masa yang cukup pendek, ini satu benda yang tidak kena
yang berlaku dan perlu diberi perhatian yang serius. Yang lebih mengecewakan Tuan Yang di-
Pertua, apabila saya dapati Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri tidak mengadakan mesyuarat.
Kalau PAC di peringkat Parlimen dia mesyuarat tentang apa juga penyelewengan yang berlaku,
dia sudah hantar juga laporan kepada Parlimen macam hari ini kita dapat laporan berhubung
dengan projek pembangunan zon bebas pelabuhan Klang - PKFZ sebagai contoh.
Tuan Yang di-Pertua: Seminit lagi Yang Berhormat.
DR. 4.11.2009
99
Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid Endut [Kuala Terengganu]: Tapi Terengganu tidak
mesyuarat.
Tuan Yang di-Pertua: Seminit lagi.
Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid Endut [Kuala Terengganu]: Jadi Tuan Yang di-Pertua,
saya harap sungguh-sungguh supaya pengalaman dan apa yang berlaku di Terengganu.
Sudahlah hak rakyat dan negeri dinafikan, perbelanjaan pula digunakan untuk membuat projek
dan juga pembangunan yang tidak ikut kehendak, priority dan keutamaan rakyat dan tidak
mengambil kira pandangan rakyat. Ini sepatutnya dihentikan dan kita harap dalam
membincangkan bajet yang dikemukakan, dalam kita mengemukakan pandangan supaya kita
lebih bertegas, supaya jangan berulang laporan demi laporan Ketua Audit Negara saban tahun.
Tiap-tiap tahun mengulangi perkara yang sama daripada atas sampai ke bawah termasuklah di
negeri-negeri lain dan tidak terkecuali Terengganu yang cukup banyak yang saya sebutkan tadi
supaya tidak akan berlaku lepas pada ini.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.