Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Wednesday, November 18, 2009

Nak naik haji pun susah


Barulah kita boleh bertindak kepada mereka kerana ini adalah pemegang amanah yang
tunggal. Saya merujuk kepada perkara dalam agensi Tabung Haji yang mana Yang Berhormat Labuan membangkitkan tentang kuota haji bagi Wilayah Labuan. Dikatakan bahawa penduduk Islam di Labuan ialah 80,000 dan kenapa kuota haji 0.1% daripada keseluruhan orang Islam di Labuan tidak diguna pakai. Yang sepatutnya adalah 80 orang tetapi hanya 23 orang sahaja daripada Wilayah Labuan yang menunaikan haji pada tahun ini. Untuk makluman Yang Berhormat, giliran menunaikan fardu haji bukan berdasarkan kepada kuota negeri-negeri. Akan tetapi berdasarkan kepada tarikh dan masa bakal haji itu mendaftar untuk menunaikan haji kerana pihak Tabung Haji hanya menggunakan satu sistem sahaja iaitu sistem queue.

Bermakna first come first serve dengan izin. Siapa yang mendaftar terlebih awal, maka
diberikan keutamaan kepada dia dan bukan mengikut kepada keutamaan jumlah penduduk Islam dalam sesebuah kawasan tersebut. Jadi tidak ada giliran atau kuota khas bagi setiap negeri di Malaysia dan kuota 0.1% itu adalah kuota untuk negara Malaysia sendiri.

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Menteri, mencelah sedikit. Terima
kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Timbalan Menteri. Berhubung dengan kuota haji ini, Menteri mengatakan tadi ikut queue. Saya rasa ini mungkin dari segi teori ada tetapi dari segi praktikalnya tidak berlaku. Sebab kita lihat kalau sekiranya seseorang itu mendaftar, kata lima tahun atau tujuh tahun.

Akan tetapi mereka-mereka ini kebiasaannya ada yang sudah dua kali, tiga kali, apakah
kerajaan mempunyai ataupun tabung haji mempunyai bentuk peratusan. Misalnya, kalau kali yang kedua itu, berapa peratus di dalam kuota itu mereka berada di dalam senarai queue.

Ataupun orang yang pertama kali itu, berapa peratus yang berada dalam queue tersebut.
Bermakna kalau sekiranya tidak ada peratusan begini, saya rasa memang orang yang sudah tiga kali, empat kali, mungkin setiap tahun kalau dia ada connection dengan mungkin mereka-mereka
DR. 17.11.2009
yang dekat dengan Tabung Haji boleh pergi tiap-tiap tahunlah. Saya harap boleh mendapat jawapan dari Timbalan Menteri.

Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim: Terima kasih Yang Berhormat. Setakat ini Yang
Berhormat, kita tidak dapat menahan kalau orang itu hendak menunaikan haji untuk kali kedua, ketiga ataupun seterusnya. Ianya berdasarkan kepada kemampuan. Bagaimana pun pihak Tabung Haji memang memberi perhatian. Kalau sekiranya yang hendak pergi haji itu apabila dia hendak mendaftar kita dapat makluman dalam rekod bahawa dia telah pun menunaikan untuk kali yang lebih dari dua tiga kali, kita juga dalam masa yang sama mempertimbangkan sekiranya ada rayuan yang tertentu. Rayuan khusus. Kalau Yang Berhormat ada dari kawasan yang ada masalah tertentu seperti masalah kesihatan, warga emas yang terpaksa didahulukan, memang itu diberi perhatian oleh pihak Tabung Haji. Jadi saya rasa tidak timbul masalah mengapa perlukan peratusan kepada orang-orang yang hendak menunaikan haji sama ada kali yang pertama mahupun kali yang ketiga.

Akan tetapi secara ringkasnya pihak Tabung Haji akan melihat juga bahawa mereka
yang hendak menunaikan haji itu dihadkan sekurang-kurangnya setakat lima kali sahaja, kita akan pastikan bahawa kali yang keenam itu tidak lagi diberi peluang tetapi diberi peluang kepada orang lain yang mendaftar untuk kali pertama. Yang Berhormat Labuan membangkitkan juga isu kampung-kampung di Labuan tidak mempunyai surau yang sempurna dan pihak kerajaan perlu peka kerana 70% penduduk adalah umat Islam. Untuk makluman Yang Berhormat, kebanyakan surau adalah didirikan oleh orang persendirian dan pertubuhan.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.