Tahniah atas kurniaan pingat oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah sempena keputeraan baginda yang ke 81 Ahad lepas.
Tahniah kepada para sahabat yang telah berkhidmat dengan cemerlang membuat jasa kepada rakyat sebagai mewakili rakyat dan membela nasib rakyat yang telah dicurahkan selama ini semuga apa juga khidmat yang diberikan mendapat ganjaran dari Allah serta pengiktirafan daripada Kebawah Duli Tuanku.
Kepada mereka moga dapat teruskan khidmat bakti ini demi untuk agama, bangsa dan negara.
Kepada sahabat ana Yb Dato' Amiruddin Hamzah, YB Dato' Mahfuz Omar, YB Dato' Dr Isa, YB Dato' Johari Abdul. YB Tuan Hj Yusof Husin, YB Ahmad Kassim, YB Tuan Hj Zamri, YB Ust Ghani Ahmad, YB Ust Taib Azamuddin, Ust Mat Isa Shafie dan lain-lain sama bergelar Dato' atau tidak, tahniah atas anugerah tersebut. Jasa anda kepada masyarakat tetap dikenang dan insya Allah moga berlebih-lebih lagi khidmat bakti akan dicurahkan selepas ini.
Kepada sahabat lain, teruskanlah khidmat bakti anda dan ingatlah bahawa setiap yang kita curahkan itu ada nilai ganjaran disisi Allah , cuma masa yang akan menetukan samada nama anda tersenarai atau tidak didalam senarai penerima anugerah tersebut. Harapan ana kepada sahabat yang lain, ingatlah bahawa perjuangan mendaulatkan Islam ini sejak dari zaman Rasulullah lagi, sering dihidapai dengan kesusahan dan kepayahan, teruskanlah ia dengan penuh keikhlasan kerana menurut pesanan Imam Ghazali, manusia akan rugi jika tidak berilmu, manusia berilmu akan rugi jika tidak beramal, dan manusia beramal akan rugi jika tidak ikhlas. Maka ikhlas dalam amalan sahaja yang akan memberikan ganjaran pahala.
Berjuanglah semasa senang atau susah, jangan hanya diketika susah kita berjuang, dikala senang kita leka, maka pasti kekalahan akan menimpa, begitu juga jangan diketika susah sahabat diperkuda dan diperah keringat, dikala senang mereka dilupa, nescaya kehancuran juga akan melanda. Begitu juga jangan hanya dikala senang kita bergembira, jasa mereka yang bertungkus lumus berjuang diketika susah tidak dikenang, juga ia akan membawa padah dan kehancuran.
Jangan diketika jong pecah, maka berebut-rebut yu menagih habuan, maka sudah pasti suatu ketika nanti dikala ingin menambah isi jong, kita akan menghadapi masalah besar kerana sukar mendapat kerjasama. Biar kita kalah kerana musuh membenci, tetapi jangan kalah kerana ahli yang lari.
Jasa dan kenangan merupakan suatu yang abstraks, tidak dapat dilihat dan dinilai dengan mata kasar, tetapi dapat dirasa oleh mereka yang sensitif dijiwa dan ianya pasti akan tergambar didalam perlaksanaan. Jangan sampai ada yang terasa diri tersisih bagai melukut ditepi gantang, ada tak menambah, tiada tidak mengurang, nescaya usaha kita akan terjejas, dek kerana jasa tidak dikenang.
Wang dicekau, ringgit dibelasah,
tenaga dikerah, keringat diperah,
Itulah sifat manusia hamba Allah,
susah sama dilapah , senang sendiri yang cecah.
Moga mereka yang mendapat kejayaan dan usaha yang berterusan di PRK KT baru-baru ni, dapat meneruskan usaha ditempat lain seandainya ada lagi PRK yang lain atau pun di Sarawak nanti. Insyaallah.
Monday, January 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment