22 Mei 2009.
Satu majlis penyerahan uniform untuk Pertubuhan Silat Gayung Harimau Hitam telah diadakan di gelanggang latihan di Kampong Gelong Gajah pada petang tadi selesai usai Solat Jumaat .
Seramai 41 orang termasuk jurulatih telah menerima kain untuk uniform berkenaan dalam majlis yang diadakan sempena penyerahan tersebut.
Ana bersama EXCO Pendidikan Kedah, YB Dato’ Hj Mohd Taulan Md Rasul telah hadir untuk menyampaikan sumbangan kepada pesilat . Satu pertunjukan silat juga telah diadakan digelanggang berkenaan yang disertai oleh pelatih terdiri dari silat tangan kosong, bersenjata keris dan parang serta menggunakan rotan .
Amat tangkas nampaknya persilatan yang ditunjukkan oleh anak didik silat ini dan ana serta YB Dato’ Hj Mohd Taulan didalam ucapan menyeru agar aktiviti sihat ini diteruskan agar remaja di kampong ini dapat diarah kepada aktiviti yang sihat dan nanti tidaklah terjebak didalam gejala social yang amat membimbangkan sekarang ini.Dari penagihan dadah, samseng jalanan, budaya lepak, kuyu rayua, ragut dan berbagai lagi yang semuanya dijuarai oleh umat Melayu. Kenapakah tidak diambil contoh teladan yang baik yang dibawa oleh rasulullah yang menjadi panduan kepada seluruh umat Islam dan bukan Islam agar sesuatu yang baik sahaja yang menjadi pegangan umat Melayu Islam dinegara kita ini. Cuma contoh yang perlu dilakarkan mestilah daripada pemimpin atasan dahulu, barulah mudah diikuti oleh rakyat dibawah sini.
Sumbangan ala kadar ini juga adalah sebagai tanda sokongan kami selaku wakil rakyat didalam menjayakan program untuk masyarakat kampong disamping sedikit bantuan untuk dirasai oleh rakyat didalam kepimpinan Negeri Kedah sesuai dengan motto Kedah Sejahtera, nikmat untuk semua.
No comments:
Post a Comment