Dah lama nampaknya ana tak update blog ni, bukan apa bila baca dalam blog kawan-kawan dan juga artikel dalam internet ni, rasa macam malas dah nak berblog kerana banyak sangat cerita yang hentam kawan nu dan hentam kawan ni, padahal masalahnya adalah kerana terlalu percaya sangat dengan surat khabar yang dipunyai musuh yang tujuannya adalah nak menjatuhkan kita.
Ana amat bersetuju bila ada sahabat yang kata kita ni kena biasakan diri dengan perkataan 'no comment', jangan terlalu ghairah nak bercakap untuk dimuatkan kedalam berita musuh, lepas tu kena bersilat pula nak mempertahankan kata-kata kita, dahlah terbuang masa melayan mereka hingga kerja untuk memntapkan geng kita terbantut, padahal benda tu bukan apa pun, perkara yang sama tetapi diulang-ulang, sampai akhirnya orang naik jemu, habis kita akan tertolak nanti padahal yang akan naik kepala malaun besar nak menjanamkan negara.
Bila baca berita pasal banyak benda yang berlaku mutakhir ini yang banyak keliru dan amat mengelirukan nih, rasanya dah macam nak terlentang dah puak demo tu, tapi kita dok bagi hint untuk depa buat kejutan dan bangun balik, maka lambat lagilah rasanya depa nak merudum.
Bila nampak dah nak merudum jatuh, dah tak ada cara lain nak naik, maka isu yang paling dekat dengan orang Melayu Islam adalah agama dan tempat ibadat. Bila dah gereja terbakar dan dibakar , nampak macam tak ada respon dari rakyat selepas Menteri yang jaga Polis dan FRU kata boleh buat demo dalam kawasan masjid, dan tak ramai pula yang masuk respon, maka timbul satu plan B iaitu masukkan kepala babi pula dalam masjid, supaya nampak akan terjadi ketegangan , tetapi rakyat sudah cerdik dari depa, semuanya serah kepada polis, biar depa sisat dan buat kejutan lagi, macam kejutan kes bakar bendera dibatu buruk TRG tu la, sampai la tak tau siapa yang dicekup dan masuk lokup.
Ana tak dapat nak agaklah lepas ni apa pula pla puak-puak ni nak buat, tapi targetnya rakyat sudah dapat baca, pasal pa banyak berlaku di Selangor sana. Dah tu bila YB Azmin kata Pemuda UMNO yang terlibat pasai pa pula Menteri tak bagi polis sisasat, biar la polis panggil dia siasat biar dia dedah siapa nama, anak siapa dan parti mana biar rakyat semua tahu, ka takut terkena batang hidung sendiri kut, minta la polis siasat. Boleh ka kes halang polis siasat ni boleh kena tindakan SPRM macam DSAI tak bagi siasat seseorang dulu lalu kena masuk Sungai Buluh 6 tahun?
Pasai kepala babi hutan ni, heran juga pasal pa pi bungkus pula, plastik lutsinar pulak tu, awat takut terkena najis mughallazah ke, yang takut sangat najis yang boleh dicuci dengan air tanah tu tapi tak takut laknat Allah yang pi mncemarkan rumah Allah tu pasai apa, Mana aulawiyat hampa ni. Kalau macam ni nampak sangat yang buat kerja tu orang dah boleh agak siapa sebenarnya. Yang ana dok belajar dari tok-tok guru yang ajar dimasjid dan surau dan markas, dosa kalau kita buat kerja macam tu dalam rumah allah ni, tapi kalau bukan puak ana tu, tak tahu lah pulak. Mesti dari jenis yang tak belajar bab dosa pahala dan tak takut azab Allah taala ni. Cuba teka siapa anda !!!
Semua ni kita biarkan polis siasat, kerana Polis Malaysia memang cekap dan terlatih, dalam bab siasat dan cekup ni kita puji, kalau tak ada bukti depa kata kita boleh guna akta Ikut Suka Aku lah, macam 10 orang yang kena tu, kalau dah tau salah dakwa la dalam mahkamah, atau hantar balik kenegara depa, dakwa disana.
Cuma yang rakyat bimbang, cekup punya cekup kena teman serumah, lalu katalah siasat, last last samapi 10 tahun senyap hilang begitu saja, macam selalu dok jadi dah la.
Friday, January 29, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment