Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Thursday, January 21, 2010

Sumbangan kepada ibu tunggal dan miskin.

20 Januari 2010.
Sumbangan kepada ibu tunggal yang orang kurang kemampuan.
Satu majlis penyampaian sumbangan barangan keperluan harian dan wang zakat telah diadakan di Surau Lahar Tunjung pada 20 Januari lepas . Majlis diadakan dengan kerjasama EESB dari Jitra dan UPU serta MKK sekitar Lahar Tunjong.
Seramai 30 ibu tunggal dan orang kurang berkemampuan telah diberi sumbangan oleh ana selaku Ahli Parlimen Pendang dengan peserta dipilih oleh JK disana mewakili Kampong Belat, KEDA Lahar Tunjong, Kpg Ga, Senara dan sekitarnya.

Sebelum penyampaian sumbangan dan zakat, ana diberi peluang berucap dan beberapa perkara berhubung dengan program kerajaan negeri Kedah telah dihebahkan kepada rakyat. Sebagaimana rakyat semua tahu, moto kerajaan Kedah sekarang adalah Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua, jadi apa juga program yang dibuat adalah dengan memikirkan kesejahteraan untuk rakyat.

Antaranya adalah skim kifal yang mensasarkan orang miskin tanpa mengira umur yang mati akan diberikan sumbangan RM 500.00 serta merta , skim bantuan memelihara ikan keli dalam kanvas , bantuan membaiki rumah bagi golongan miskin, projek mengetin buah-buahan tempatan di Sungai Petani disamping program yang dibuat oleh kerajaan pusat yang juga akan dimanfaat oelh rakyat negeri Kedah melalui Kementerian Luar Bandar dan Pertanian.

EESB juga ada meyampaikan penerangan berhubung dengan makanan halal dan sumber makanan yang diperbuat daripada bahan yang tidak halal dari lemak haiwan dan gelatin haiwan, juga barangan kosmetik yang diragui dan bahan-bahan kegunaan harian saperti ubat gigi dan berus gigi yang mengandungi bahan haram sewaktu memproses bahan tersebut.


Moga program ini akan berterusan ditempat yang lain pula.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.