Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Friday, January 1, 2010

Dimana letak pegangan kita kepada agama!



Terkejut, terkelu dan tak terkata bila melihat berita dalam TV semalam pasal sambutan tahun baru oleh umat Islam dinegara paling ramai umat Islam didunia, Indonesia, khabarnya hampir 1/2 juta rakyat berhimpun di Ancol untuk menyambut tahun baru dengan berbagai jenis hiburan dan pesta tarian dan menari hingga kepagi hari sempena menyambut tahun baru! Anak ana yang kecil pun bila lihat berita sambutan di Jakarta tu kata, padan la Allah turun Tsunami di Aceh pun, sampai 200 ribu lebih mati dan hilang, padahal tiada sapa yang beri idea untuk dia berkata macam tuh!. Kalau kita lihat apa kurangnya yang berlaku di Dubai, memang sekarang banyak dunia Islam yang sudah jauh lari dari apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah dan ulama muktabar berhubung dengan sambutan tahun baru Mesihi ini. Maka tak hairanlah bila ianya juga disambut dengan adat orang lain di Malaysia ini. Mungkin tak setruk di Indonesia yang khabarnya berpasangan menari sampai kepagi. Apa pun ana ucapkan tahniah kepada negeri ana, syabas YB Dr Hamdan yang telah dapat men tune minda rakyat Kedah agar dapat sambut tahun baru Mesihi ini dengan satu kelainan dan moga ianya dapat diikuti oleh negeri lain insyaallah. Suatu yang baik dilakukan dan diikuti oleh orang lain, maka pahalanya akan kita perolehi sebagaimana orang yang melakukan kebaikan itu mendapat ganjaran daripada Allah.

Malang bagi umat Islam mutakhir ini kerana di negara itu jugalah datangnya Pak Hamka dengan tafsir Al Azhar beliau dan dengan ramai pendakwah yang terkenal dengan kepetahan memberi ceramah saperti Pak Kiai Zainuddin Zin dan beberapa nama yang amat sinonim dengan bidang dakwah disebelah sini, tetapi telah terpesong dengan pengaruh Yahudi dan kuncunya yang mengagongkan sambutan tahun baru yang jelas terpesong dari ajaran Islam ini. Dan sudah pasti tempias ini juga datang kenegara kita dek lemahnya pegangan umat Islam disini terutama anak muda yang begitu rapur dengan kalimah aqidah dan iman didalam dada sehingga ada yang sanggup bersekedudukan dengan teman baik lelaki atau wanita semata-mata kerana gmbira menyambut tahun baru konon, maka ditatkala itu tergadailah segaja mahkota kesopanan dan kemuliaan seorang gadis dek kerana meruntun ajakan syaitan yang maha jahat dan dilaknat itu. Ini jelas digambarkan dengan ramainya yang tertangkap oleh penguatkuasa JAIP dan JAIS pada malam tahun baru mesihi tersebut, dimana letaknya iman dan taqwa anak muda dan anak tua kita kini. Apakah sudah tergambar apa yang disebut didalam hadis Bgainda Rasulullah umat Islam akan kembali dagang sapertimana ia mula datang dahulu dek kerana dunia sudah hampir kepenghujung, maka bangunlah umatku dan sedarlah bahawa usia dunia tidak menunngu kita untuk kiamat, apa yang berlaku di Aceh dan Padang serta di Bantul semuanya ada kaitan dengan apa yang kita lakukan.
Kalau kehilangan 200 ribu lebih nyawa di Aceh dek kerana Tsunami masih belum mampu menyedarkan kita tentang kelalaian kita kepada perhambaan kita kepada Allah dimanakah lagi peringatan yang kita nak ambil sebagai teladan untuk kita teruskan hidup ini sehingga nyawa kita keluar dari tubuh yang amat lemah ini.?.

sah kita terkejut dengan keputusan Mahkamah berhubung penggunaan Allah oleh Herald yang dipertikai oleh NGO Islam semalam, memang kita merasakan ia satu trjedi kepada umat Islam kini dan Islam itu sendiri, kerana keputusan itu adalah meifestasi kepada apa yang sedang dialami oleh umat Islam mutakhir ini, berapa ramai yang sudah murtad dan yang lalai dengan ajaran Islam itu sendiri, berapa ramai anak muda kita yang sudah pakai subang , bertindik berlapis ditelinga tak kira lelaki atau perempuan, berapa ramai anak Muslim kita yang sudah pakai pakai seluar pendaek dan menunggang arak dikhalayak ramai dan berapa ramai yang sudah pandai menlakar tatoo dibadan mereka ? Siapakah yang cuba berusaha untuk menghapuskan nama Islam didalam pertubuhan dinegara kita sikit masa dulu sehingga mendapat bantahan daripada umat Islam yang bangun menetang? sehingga mendapat bantahan dari pihak teratas yang menjaga kesucian Islam ketika itu sehingga hasrat golongan nk buang nama Islam itu tak kecapaian!!! Siapakah mereka itu ?

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.