Pelik, ajaib dan sekalisekali macam nak ucapkan tahniah kepada mereka kerana apa yang berlaku pasal kecurian enjin jet 50 juta sebuah tu hanya melibatkan orang pangkat bawah saja, tanpa ada yang jerung-jerung terlibat. Kadang-kadang terfikir juga kepa otak ni, kalau peralatan sebesar dan semahal dan sepenting itu untuk keselamatan negara pula tu, dua buah enjin jet hanya orang pangkat bawah saja punya kerja, apakah halnya tahap pemantauan harta dan sumber menjada keselamatan negara kita sekarang ini?
Kalaulah perkara macam ni berlaku di Jepun, ana rasa dah lama menteri dia letak jawatan atau dah bunuh diri.
Lagi pula hari tu kata jual kepada Argentina, tiba-tiba AG kata jual kepada Uruguay pulak dah? Mana satu nak percaya nih.
Menteri kata hari tu Pegawai Atasan TUDM diberhentikan kerana ada hubungan dengan kes kecurian ni, tetapi bila ditanya pemberita lain pula jawapan dia , kata yang tu kes lain, pasal tu depa diarah lepaskan jawatan.
Sungguh malang negara kita la ni, sungguh lemah tahap keselamatan negara kita kalau macam ni, hanya pegawai rendah boleh jual dan terlibat dengan pencurian enjin yang besarnya boleh masuk dalam treler , bukan hanya masuk dalam kotak mancis macam Ust Fadhil Nor kata balak yang sering kena curi tu lah, guna treler bulam dalam kocek baju, tu pun habis terlepas dan tak dapat dikesan macam kehilangan enjin jet ni lah.
Tu pulak yang lebih hairan tu dah setahun lebih hilang barulah nak heboh nak kesan dan nak cari, kenapa dan mengapa? Banyak persoalan yang perlu ditanya dan perlu dijawab oleh menteri pertahanan yang dulu ni.
Tak hairanlah kalau kehilangan C4 begitu mudah berlaku, kerana semuanya boleh dilakukan dengan mudah oleh pegawai bawahan saja dan mengambil masa setahun lebih untuk diketahui dan disiasat. Begitulah apa yang pernah kita dengar pasal rekod imigresen altantunya yang masuk Malaysia pun boleh hilang dari data komputer, apakah ini juga kerja pegawai kecil-kecil?
Satu lagi perkara ajaib yang berlaku mutakhir ini bila kita lihat ada saja kes bunuh, pihak PDRM seringkali menyatakan siasatan sedang dilakukan untuk mengetahui apakah senjata yang digunakan dan apakah motif pembunuhan tersebut barulah mereka dapat cari dan kesan siapa pembunuh, melainkan pembunuh itu serah diri. Tetapi bila sampai kes Altantunya, tiada persoalan tentang motif pembunuhan dinyatakan didalam mahkamah dan macam tak penting untuk mencari apakah motif pembunuhan beliau sampai terpaksa gunakan bom C4. Apakah motif ginakan bom , tidak samperti pembunuh lain hanya guna pistol atau parang atau sebagainya?.
Berbagai benda ajaib dalam negara berlaku sekarang ini , mungkin sudah ujud satu fenomena baru dalam negara dek sudah ada David Copperfield versi Malaysia sekarang ini.
No comments:
Post a Comment