Kesempatan minggu ini ana pergi ke Kpg Paya Besar, Kubor Panjang melihat Mohd Farizuan Abd Wahab
Darah yang pecah akan menyebabkan zat besi ( ferrous) akan mengumpul didalam badan dan ini terpaksa dibuat 'chelating' dengan rawatan desferoxamine' sejnis ubat yang dicucuk dengan menggunakan mesin yang mengambil masa beberapa jam untuk dimasukkan kedalam badan beliau.
Beliau bersekolah di Sek Keb Kubor Panjang dan diberitahu sering terponteng kerana masalah kesihatan ini. Dalam usia sebegini, memang badan beliau kelihatan lebih kecil berbanding dengan sahabat sekelas yang lain.
Walaupun kesil, tetapi kecergasan beliau saperti kanak-kanak lain , itu pun setelah mendapat bekalan darah yang cukup , tetapi sekiranya darah beliau berkurangan, maka beliau menjadi lemah dan tak bermaya.
Seterusnya ana dibawa melawat jalan menghubung Kg Paya Besar dengan Kpg Budi Daerah Pokok Senan yang runtuh ketika berlaku banjir tempoh hari , yang hampir memutuskan perhubungan di Kpg tersebut, Jalan ini menghubungkan penduduk yang ingin ke Kubor Panjang dan menghantar anak ke Sekolah Menengah dan rendah di Kubor Panjang.
Jalan ini dibawah kelolaan Pejabat Daerah dan MADA. Harapan agar ia dapat dibaiki segera sebelum terputus langsung.
Ana bersama MKK melawat kawasan jalan tersebut.
No comments:
Post a Comment