Isu scopene dan komisyen 450 juta. Lalu datanglah polis Prancis atas satu misi untuk siasat siapakah emunya kerja sehingga terpaksa meningkat harga, kalau tanpa komisyen berapa pula harga sebenarnya, nanti Negara lain macam Brazil ke Argentina ke nak beli kena bagi komisyen juga, ala macam la nak beli Eurocopter hari tu, orang beli lebih murah tapi siap dengan technical knowhow, kita lebih mahal tetapi tanpa dilatih.
Isu Altantunya dan c4 yang hilang dari simpanan, bersama hilangnya rekod kemasukan warga Mongolia itu dari rekod imigresen. Lepas tu yang berpangkat rendah dan tak pernah dilihat muka kerana bertutup macam pocong 24 jam kena hukum. Bagaimana rupa kedua mereka, hanya Allah dan orang tu sendiri serta hakim dan peguam yang tahu, rakyat diluar tak pernah lihat.
Isu injin jet F5 yang besar gajah boleh dihilangkan oleh hanya pegawai berpangkat rendah hingga boleh keluar Negara tanpa diketahui oleh pegawai kastam berpangkat tinggi dan pegawai pemeriksa diatas kapal yang membawa injin tersebut, yang ajaibnya mula kata ke Argentina, tup-tup AG kata berada di Uruguay, memang hebat pegawai tentera udara berpangkat Surgent ini, bijak mengekspot injin hingga ke Argentina dan Uruguay hingga setahu lebih baru boleh dikesan dan diumumkan oleh AG kepada rakyat.
Tup-tup timbul isu perkataan ‘Allah’ yang tetiba menjadi hangat dan panas dimasa berates tahun penganut di Sabah dan Sarawak dah guna tanpa ada apa-apa bantahan menjadikan gereja sasaran Molotov koktail , lalu semua isu diatas lenyap dari ingatan dan perbincangan akhbar dan rakyat.
Isu kepala lembu yang dipijak dan diarak di Shah Alam hari tu siapa yang ada saham disana, lihat saja gambar dan video , muka siapa yang terpampang.
Isu demo suruh PAS keluar Pakatan di Selangor juga hari tu , siapa yang buat walau pun muka tak nampak jelas tapi lepas tu terbongkar bila janji tak ditunaikan, siapa yang punya koroja semua ni.
Suasana di Kelantan dalam tahun 1977, bakar tayar, demo sana demo sini hingga berlaku Mageran atas alasan suasana darurat perlu diambil iktibar dan contoh terbaik untuk dijadikan sandaran, tak boleh tanduk, telinga ku kan pulas juga, matlamat menghalalkan cara, Perak sudah terlaksana, kini negeri terkaya di Malaysia pula, hati-hati semua, jangan jatuh dalam lubang biawak kali kedua, pesan Rasulullah kepada orang beriman.
Orang Islam lagi beriman juga diharamkan memusnahkan tempat ibadat agama lain, hatta didalam peperangan pun dilarang membunuh ahli agama mereka saperti paderi, sami atau siapa juga. Tapi bagaimana kalau Melayu ??
Dikala itu harga tol akan dikaji semula, makanan pelajar asrama penuh ditarik balik pada Sabtu dan Ahad atau Jumaat dan Sabtu. Bagaimana elaun Cola lepas ni , bagaimana dengan bayaran tuisyen, dan bagaimana dengan bonus yang dijanjikan serta yuran anak-anak sekolah!!.
Apakah Isu perkataan Allah ini menjadi satu inspirasi baru untuk menjadikan himpunan rakyat sebagai medan menjual pengaruh menjelang PRU ke 13 nanti?.
Cuba Tanya, siapakah punya angkara semua ini??. Jawab sendirilah, saya tak tahu jawapannya!!.
Kata Menteri yang menang dengan satu undi 63 berbanding 64 dalam parlimen hari tu, kerajaan tak teragak-agak gunakan ISA untuk meredakan keadaan , macam sudah nampak jelas lagi bersuluh aje .
Sunday, January 10, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment