Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Tuesday, February 23, 2010

Ceramah Malidurrasul oleh Ustaz Farhan

Baru-baru ini bertempat di Surau Madrasah Annur Al Islamiah Gajah Mati, satu majlis ceramah sempena kedatangan MaulidurRasul telah diadakan . Ceramah telah disampaikan oleh Pendakwah Bebas dari Sabah, Ustaz Farhan Abdullah Alhafiz berasal dari Kota Belud , Sabah , beliau yang berbangsa Kadazan ,merupakan bekas aktivis Kristian (pastor) yang telah memeluk Islam dalam tahun 1990 sekarang menjadi pendakwah yang mengajar pula ilmu-ilmu Islam terutama kepada masyarakat bukan Islam di Sabah dan Sarawak serta seluruh negara.

Bapa beliau juga sebelum ini merupakan seorang paderi Kristian yang menjaga gereja di Sabah dan juga telah memeluk agama Islam. Mengikut rekod beliau, beliau setakat ini sudah berjaya mengislamkan 4600 orang diseluruh negara yang terdiri daripada pelbagai kaum , dari Kadazan , Dayak, Orang Asli, India, Cina dan sebagainya .
Ceramah beliau bertajuk “ tip untuk berdakwah kepada masyarakat bukan Islam”, memberi penjelasan berhubung dengan teknik dan cara yang perlu dilakukan oleh pendakwah Islam apabila usaha kita untuk mengambil hati masyarakat bukan Islam, agar mereka memilih Islam sebagai pegangan agama mereka.

Disamping menceritakan sejarah perjalanan hidup beliau yang memeluk Islam daripada keluarga yang kuat berpegang kepada Agama Kristian dimana bapanya juga merupakan seorang Paderi yang menjaga sebuah gereja di Sabah , pernah ditembak oleh bapanya apabila mengetahui beliau telah memeluk Islam, tetapi atas sikap dan teknik berdakwah beliau serta hidayah daripada Allah, akhirnya bapa dan ibu beliau telah menjadi muslim dan muslimah .

Beliau memahami Islam setelah mengambil jurusan perbandingan agama didalam pendidikan beliau didalam usaha untuk menjadi pastor yang baik.
Beliau telah berpeluang mendalami ilmu agama dari PERKIM dan memasuki Kelas Tahfiz dang berjaya menghafaz Al Quran dan melanjutkan pendidikan agama di Universiti Al Azhar , dan sekarang melanjutkan pendidikan didalam bidang Master ( MA).

Daripada ceramah beliau ternyata kefahaman beliau didalam Islam melebihi kefahaman sesetengah kita yang dilahirkan oleh ibu-bapa yang beragama Islam.
Dianugerahi dengan 9 orang zuriat, beliau sedang membina sebuah markaz untuk mendidik anak-anak muslim dalam pendidikan agama dan dakwah serta tahfiz al Quran dengan menubuhkan sebuah Maahad Tahfiz wal Hadith serta berziat didalam usaha dakwah kepada bukan Islam bukan sahaja didalam negara, bahkan juga keluar negara.

Kita berdoa moga usaha murni beliau ini mendapat keberkatan dan menambah saham beliau diakhirat kelak. Kepada mereka yang ingin menambah saham diakhirat bolehlah menyalurkan bantuan untuk skim tanah wakat Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran Bestari melalui nombor akaun Maybank 5122-68-40494-7 atau Bank Islam 12-029-01-003493-7. Atau menghubungi www.tahfizbestari.com.
Majlis tersebut dianjurkan oleh Dewan Muslimat PAS Pendang.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.