Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Monday, February 22, 2010

Sumbangan di Pokok Tai Dalam( Lama).


Hari ini, Isnin 22 Februari 2010 ana bersama Setiausaha Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Pendang, telah melakukan lawatan sambil menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal, ibu tinggal dan mereka yang kurang berkemampuan di Kampong Pokok Tai Dalam.

Seramai 31 orang penerima terdiri dari warga emas dan yang kurang berkemampuan telah datang menerima sumbangan iaitu 21 orang dari Pokok Tai Dalam dan 10 orang dari Pokok Tai Luar.

Ana mengucapkan terima kasih kepada kerjasama yang diberikan oleh MKK Pkok Tai Dalam Tuan Haji Man Mansor dan MKK Pokok Tai Luar Tuan Hj Hassan yang telah menyanjurkan majlis ini dan menyediakan sedkit jamuan ringan selepas majlis.

Didalam ucapan ringkas sebelum majlis penyerahan sumbangan, ana telah menerangkan mengenai perkara yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri sebaik menerajui Kerajaan Negeri Kedah dengan pengurangan cukai tanah sehingga negeri kekurangan hasil berjumlah RM 50 juta setahun. Dalam suasana hasil yang tinggal 30 % kerana 70 % telah dibelanjakan oleh kerajaan sebelum ini sebelum pilihanraya Mac 2008, maka hasil penjimatan yang dilakukan maka kerajaan dapat bertahan hinggalah kehujung tahun 2008.

Kekurangan hasil cukai tanah itu akhirnya didapati semula dengan adanya tender balak secara terbuka dimana pendapatan yang diperolehi oleh kerajaan negeri dibawah pakatan adalah RM 35 juta setahun berbanding dengan sebelum ini hanya RM 8 juta setahun. Ini ditambah lagi dengan hasil daripada cukai batuan dan kuari yang diperolehi oleh kerajaan negeri berjumlah RM 15 juta. Penjimatan yang terus dilakukan oleh kerajaan negeri didalam bentuk program yang diadakan dimana kerajaan Pakatan telah menilai semula jamuan yang diadakan agar bersesuaian dengan kos iaitu kalau sebelum ini satu kepada dikenakan RM 90 ringgait tetapi kini dikurangkan kepada paling tinggi RM 25 ringgit.
Begitu juga dengan projek SULIHH yang dirancang supaya sawah padi milik rakyat tidak diambil tetapi sebaliknya tambak laut akan dilakukan dan sekarang hanya menunggu kelulusan daripada alam sekitar sahaja (EIA).
Harapan ana semoga rakyat dapat memahami kekangan kewangan kerajaan dan terus memberi sokongan kepada kerajaan sekarang agar agenda yang dibentuk dapat diteruskan dimasa depan, saperti skim Kafalah yang sedang rancak dinikmati oleh rakyat dimana bantuan RM 500 kepada mereka yang meninggal dunia sebagai bantuan urusan jenazah tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik. Cuma mereka mestilah terdiri daripada yang kurang mampu berpendapatan kurang dari RM 740 sebulan atau perkapita kurang daripada RM 180 sebulan.


Sebelum pulang ana sempat menziarahi pemuda yang baru pagi tadi terlibat dengan kemalangan jalan raya di Jalan Pokok Tai Luar yang mengalami luka melecup terkena ekzaus dilutut kanan dan calar dimuka dan tangan akibat kelalaian seorang penunggang lain yang membelok tanpa memberikan isyarat. Beliau bernasib baik kerana hanya dirawat sebagai pesakit luar dan tidak mengalami apa-apa kecederaan yang lebih serius.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.