Dalam perbahasan dalam Parlimen baru-baru ni, ana dah sebut pasal penyalahgunaan sekolah untuk aktiviti politik, dan kita kaur dengan peraturan yang dibuat oleh kementerian palajaran, tetapi nampaknya mereka sendiri yang tak mahu akur dengan peraturan tersebut.
Yang rakyat mushkil dan nak tahu adalah kenapakah masih lagi wujud aktiviti saperti ini dalam masyarakat pendidikan yang dikatakan moden dan maju ini. Apakah ini satu fenomena yang boleh kita ikut . Kalaulah ini perkara yang hendak kita terapkan dalam sekolah kita maka biarkan semua orang gunakan kemudahan tersebut kerana wang untuk membina sekolah dan segala kelengkapan termasuk bil elektik dan airnya adalah hasil wang rakyat yang dikutip dari cukai dan hasil mahsul negara dimana rakyat berhak keatas setiap sen wang tersebut, mereka yang memerintah hanya menjalankan amanah.
Apakah menggunakan dewan sekolah ini secara paksa keatas pengetua sekolah dan adakah pihak terbabit menyewa dewan tersebut atau hanya janji mulut lepas tu tuang begitu sahaja, kerana perkara ini pernah berlaku dan mungkin ianya terjadi ditempat lain.
Ana ingin juga bertanya kepada Pengetua lepas ni kalau parti yang memerintah Kedah nak gunakan dewan tersebut, bolehkah kita mendapat kebenaran Pengetua dan kami sanggup membayar sewa secara cash sebelum kami gunakan dewan Al Marbawi tersebut.
Dalam perjumpaan dengan PIBG atau Guru-guru, menteri setiapkali menerangkan bahawa perkara politik jangan dibawa masuk kedalam sekolah, takut mengganggu pelajar dan tugas guru, tetapi dengan adanya kesekian kali program sebegini, apakh ini bukan membawa politik kedalam sekolah. Kalau ini hasilnya dan diluluskan, maka alhamdulillah lepas ni ramai-ramai kita akan menyemarakkan sekolah dengan politik pula.
Bolehkah Menteri Pelajaran yang juga TPM menjawab bahawa sekarang ini semua guru-guru tak kira gred boleh menceburkan diri dalam politik saperti juga kakitangan lain kerana mereka juga mempunyai kelulusan saperti juga yang lain dan mereka sepatutnya menjadi teladan kepada yang lain dalam mendahului memberi ilmu, termasukkan mendahului menceburkan diri dalam parti.
Satu lagi ana nak tanya?
Siapa yang mempergunakan agama untuk politik atau mengguna agama untuk politik atau menaikkan agama dengan politik. Tolong hurai sat!!
Tuesday, April 27, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment