Kursus ini dijalankan oleh Kedah Agro melalui anak Syarikat Kedah Biotech yang berhasrat untuk melaksanakan pertanian secara organik melalui kaedah tranformasi dan buat permulaan ini ianya diajarkan dahulu kepada petani agar mereka memperolehi ilnu ini dan seterusnya melaksanakan dirumah mereka secara sendirian kerana kaedah membaut larutan EM ini amat mudah dan tidak memerlukan belanja yang banyak.
Apa yang diperlukan hanyakan sisa buangan hasil makanan saperti sayuran yang lebih , atau yang tidak digunakan, buaha-buahan yang lusuh yang tidak dapat dimakan serta sedikit gula merah, garam dan yeast untuk fermentasi bahan semasa pemeraman dan air yang tidak berklorin lalu disimpan selama 30 hari untuk pereputan dan kemudian ditapis untuk mendapatkan larutan EM .
Larutan ini kemudian dicampur dengan air pada kadar 1:500 untuk disembur sebagai baja atau menghalau serangga . Untuk menghalau serangga ditembah daun mambu dan lengkuas.
Daripada pengalaman mereka yang telah pernah mengerjakan tanaman dengan EM ini, hasilnya agak memberangsangkan, dan diharapkan ianya akan dapat menjadikan bumi kita lebih selamat dengan kaedah organik ini, terutamanya dengan larutan EM ini.
No comments:
Post a Comment