Herman Samsudeen
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal kerana Umno terus memainkan intrumen fitnah bagi memburukan Imej PAS-Pakatan Rakyat, walaupun masih berada dalam bulan Ramadhan. Tindakan cybertrooper Umno yang mengunakan nama "PAS Beruk" mencipta dan menyebarkan gambar super impose yang kononnya Lim Guang Eng sedang menyembelih lembu korban untuk umat Islam dengan tagline "Sanggupkah kita lihat jika jadi begini? Dalil apa lagi nak halalkan perbuatan DAP??" adalah keterlaluan dan sengaja mencetus sentimen agama.DPPWP kesal kesal budaya fitnah terus membiak dalam Umno walaupun dalam bulan Ramadhan ini. Begitu jauh mereka tersasar dari hidayah Allah. Demi kepentingan politik mereka, gambar sedemikian dicipta, walhal gambar sebenar adalah menunjukan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sedang menyembelih lembu korban untuk rakyat. Gambar berkenaan sengaja direka dengan harapan rakyat melihat bahawa kerjasama PAS dan DAP kononnya merosakan Islam.Hal sebegini sudah berakar umbi dalam Umno sehingga diwarisi oleh anak-anak muda hingusan yang baru bersama Umno. Sebelum ini, media Umno-Utusan Malaysia memutar belitkan fakta dengan menyebarkan kepada rakyat yang ahli parlimen DAP-Serdang-Teo Nie Ching beri 'tazkirah' dalam surau. Ucapan aluan sengaja ditukar kepada 'tazkirah' bagi mencetuskan polemik awam.Dua hari lepas Tan Sri Zainuddin Maidin yang juga manta Ketua Penerangan Umno pula menyebarkan fitnahnya dengan mengatakan PAS mahu rampas harta Cina semasa peristiwa 13 Mei dan PAS kononnya turut menyokong tindakan Indonesia menyerang Malaysia semasa konfrontasi.Semua ini adalah fantasi Umno. Kini mereka bermain gambar pula, sama seperti gambar Zaid minum arak yang mereka cipta di Hulu Selangor. Tindakan ini menunjukan Umno semakin kehabisan modal untuk burukkan PAS-Pakatan rakyat. DPPWP berharap pemimpin dan ahli Umno bertaubat. Semakin banyak fitnah disebar, semakin terdedah keburukan Umno. Semakin banyak fitnah disebar, semakin meluat rakyat kepada Umno. Malulah kepada bukan Islam, malulah kepada umat Islam, malulah kepada Allah kerana perbuatan fitnah ini begitu jijik dan jauh lebih dahsyat dari membunuh. Ianya tidak akan diterima oleh mana-mana kaum dan agama sekalipun.
Herman Samsudeen
Pemangku KetuaDewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.
Apakah geng ini tak tahu bahawa mereka sedang melakukan ibadat berpuasa didalam bulan Ramadhan yang mulia dan penuh berekah ini, apakah mereka tidak pernah mengaji dengan tuan guru atau ustaz disurau atau masjid, ataukah tidak ada dalam silibus ulamak muda yang sering bertazkirah di PWTC tentang bahawa dan dosa fitnah , sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh.
Kalau hukum membunuh dari perspektif Islam adalah qisas atau diat, maka apakah pula yang melakukan fitnah. Lihatlah kerja mereka , apakah hasil daripada pengalaman mereka memfitnah DSAI dan tahun 1998 dan kini berulang dalam tahun 2009 pula tidak serik dan tidak memberikan apa=apa pengajaran kepada mereka. Apakah mereka tidak takut kepada hukuman Allah yang maha pedih dan maha perit di Hari Akhirat kelak.
Kita harap dalam tazkirah Ramadhan nanti, pihak ulamak muda dapat memberikan pandangan jelas mereka apa yang dikatakan fitnah, dan kalau mambuat tuduhan tanpa ada bukti apakah pula keslahan qazaf, barulah mreka mungkin akan diberikan hidayah oleh Alllah, itu pun kalau ada yang sudi hadir, kalau tidak sampai kiamat lah geng ini akan terus membuat fitnah sehinggalah akhirnya akan terus terhumban kedalam api neraka Allah, waliyazubillah.
No comments:
Post a Comment