Apa pandangan anda kalau orang yang dah dimentia( nyanyuk) diambil pandangan dan pendapat, kemudian dijadikan satu berita besar dan digahkan seluruh negara konon Melayu akan hilang kuasa bila PR dapat perintah Malaysia. Amboi sedap dengar hampa cakap, awat selama ini sapa yang perintah Malaysia ni, dan lihat Melayu dok tang mana dah. Sapa perintah bila Singapura dah terlepas dari cengkapan Malaysia, awat masa tu PR perintah Malaysia ke, dah tu bila sebut pula pasai Pulau Pinang, selama ni sapa yang perintah Pulau Pinang sebelum PR ambil alih, masa UMNO kuasai 12 kerusi DUN di Pulau Pinang, awat UMNO jadi Ketua Menteri ke, bukankah Gerakan, ataukah gerakan tu parti yang dikuasai oleh orang Melayu ke, yang sorang orang yang pernah dihalang dari menghadiri perhimpunan parti yang dia jadi presiden selama 22 tahun lebih tu kata bila BN perintah , Melayu kuasai , sebab tu bila PR perintah maka Melayu akan terpinggir.
Selama 50 tahun ni, bila pula PR perintah Malaysia ni, cuba tanya orang yang dimentia ni, berapa banyak tanah orang Melayu di Pulau Piang yang dah di Faraid oleh puak-puak tu sampai la ni , berapa banyak saham orang Melayu yang hilang dari 50 billion hanya tinggal 2 billion saja, berapa banyak tanah rezab Melayu yang habis bigadai oleh kerana PR ke selama ni, tanya lagi selama 50 tahun PR perintah ke yang kedai didalam bandar dan pekan kecil dikuasai oleh Melayu selama ni, tanya pula mana satu tempat atau pekan dimana ramai orang Melayu berniaga dan menjadi pedagang dinegeri yang dikuasai BN selama ini.
Ana tertarik bila mentor perkasa kata Melayu hilang kusa kalau PR perintah, tapi bagi mentee pula kata selama ni bila UMNO dapat kuasa, depa sebenarnya dikuasai oleh MCA , yang ni ana setuju pendapat ketua Perkasa ni, tapi bukan setakat MCA , tapi Gerakan pun sudah menguasai UMNO juga, tak percaya tengoklah di Pulau Pinang hari tu, walaupun UMNO kuasai banyak kerusi, tapi yang ketuanya adalah Gerakan. Tak macam tu ke.?.
Ulasan ana ni berdasarkan kepada apa yang dibuat oleh bekas pekata Melayu mudah lupa dan juga ketua Perkasa saja, kalau depa tak kata, ana pun tak ada idea pun nak mengulas, bukan rajin sangat nak buat kerja ni, tapi bila depa buat , rasa tak senang duduk pula nak ulas, geram pasai asyik la bercakap pasai Melayu dan bangsa, tapi tak mau sebut pasai Ugama dan Islam. Sebab apa ana kata lagu tu, kerana yang ana dok mengaji dulu-dulu dan kini, tak pernah jumpa pun perkataan dari mulut tok alim yang kata orang Melayu masuk syurga, tapi orang beriman, orang Islam dan orang bertaqwa, bahkan hadis nabi ada sebut, tidak ada kelebihan bagi arab atau ajam (bukan arab), melainkan bertaqwa kepada Allah.
Ana tertarik juga dengan apa yang diulas oleh penarik beca yang antapa boleh baca disini.
Friday, September 24, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment