Buat kesekian kalinya PM Malaysia akan ke Singapura lagi untuk rundingan dua hala.
Baguslah kalau ianya akan menguntungkan kedua-dua negara, tetapi apa yang rakyat takut nanti adalah akan berlaku sebaliknya, ianya hanya akan menyebelahi satu pihak sahaja, yang satu lagi sentiasa berada didalam kerugian.
Satu hal yang ana rasa mungkin boleh dikongsi bersama oleh kedua-dua PM itu adalah pasal kebebasan media dimana Malaysia berada ditangga 142 dan Singapura berada ditangga 152, seakan-akan sebaya dan setanding dalam hal ini, eloklah mereka berunding cara mana mereka hendak menjadikan negara masing-masing masih lagi akan dikategorikan sebagai negara yang susah untuk rakyat mendapat maklumat yang tepat dan boleh dipercayai oleh sekelian pegangan politik dan umat serta bangsa, berita yang tak dimanipulasikan oleh editor akhbar masing-masing, sebagai contoh bila kita baca berita dalam akhbar dikatakan arus perdana mengenai kehadiran rakyat dijamuan eidul fitri di Kediaman Resmi MB Kedah baru-baru ini, kalau rakyat yang pergi sudah pasti tahu yang berita itu hanya kelentongan bontang kahbar tersebut menyatakan 5 000 yang hadir kemajlis tersebut,padahal bagi mereka yang hadir sendiri, dah pasti arif akan apa yang berlaku.
Jadi eloklah kalau nadan dunia tersebut menyebut dan mengkategorikan Malaysia sebagai sebuah negara yang not free for kebebasan media. Sbenarnya bukanlah freee saperti barat yang kita hendak, tetapi biarlah bersesuaian dengan naluri dan hasarat rakyat didalam negara Malaysia.
Begitu juga dengan berita dan cerita yang tak sepatutnya menjadi sensasi tetapi dijadikan bahan berita besar untuk menyebarkan segala macam fitnah didalam bulan Ramadhan Almubarak yang lalu yang telah menjadikan rakyat hidup dalam suasana fitnah melampau terhadap kerajaan yang di Tadbir oleh selain BN . Berita yang dibesarkan bilamana pemimpin bukan Islam dari kalangan bukan ahli BN masuk masjid dihebahkan tetapi bila berita pemimpin BN dan wakil rakyat BN masuk kedalam masjid tidak dihebahkan bahkan disembunyi , bahkan ucapan pemimpin bukan BN dikatakan memberi tazkirah, tetapi bila pemimpin BN beri saguhati kalimah Allah , disenyapkan . Begitu juga fitnah yang tak masuk akal mengenai KM Pulau Pinang yang diganti ( superimpose) sedang melakukan sembelihan boleh dijadikan bahan berita akhbar perdana negara, amat malang sekali kalau inilah corak pemberitaan didalam negara kita, jadi bagaimanakah kita hendak naik dari tangga 142 keatas didalam ranking dunia didalam kebebasan media berbanding negara lain. Bukan kita hendak kebebasan mutlak saperti mereka, tetapi biarlah ianya adil untuk semua kerana kalau pun nama akhbar perdana, maka rakyat semua fahaman dapat membaca dan boleh percaya dengan corak pemberitaan, ini tidak, baru tengok tajuk berita rakyat dah tahu ini mesti fitnah dan kelentong punya corak pemberitaan. Maka tidak hairanlah wujud berita dari internet yang lebih mendapat tempat dihati rakyat daripada berita akhbar perdana.
Kejatuhan ranking dalam negara ini tidak hanya berlaku kepada kebebasan media tetapi juga berlaku kepada 'ranking' kedudukan universiti dalam negara kita. Apakah malangnya negara 1 Malaysia sekarang ini, tidak ada yang naik kecuali bunuh diri, dan membunuh dan dadah yang nampaknya sedang meningkat maju dalam negara kita.
Sunday, September 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment