Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Monday, October 18, 2010

Gigi dan taring!!!

4. Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang] minta Menteri Pertahanan
menyatakan berapa kalikah operasi pengaman negara telah dilibatkan di bawah panji
PBB dan berapa anggota terlibat dan apakah peranan Malaysia di dalam misi ini dapat
memberikan impak positif kepada negara dan tentera kita serta berapa jumlah
perbelanjaan yang terlibat.
Timbalan Menteri Pertahanan [Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad]: Tuan
Yang di-Pertua, penglibatan negara dalam misi pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB) telah bermula sejak tahun 60-an lagi. Sehingga kini, Malaysia telah
terlibat dala tujuh misi pengaman yang melibatkan hampir 20,000 pegawai dan lain-lain
pangkat Angkatan Tentera Malaysia seperti berikut:
(i) United Nations Operation in Congo (UNOC) dengan izin, daripada
tahun 1960 hingga 1963;
(ii) United Nation Transition Assistant Group (UNTAG) di Namibia
dari Februari 1989 hingga April 1990;
(iii) United Nations Transitional Authority in Cambodia (UNTAC), di
Cambodia mulai Mac 1993 hingga November 1993;
(iv) United Nations Operation in Somalia (UNOSOM II) tahun 1993
hingga 1995;
(v) United Nations Protection Force in Bosnia (UNPROFOR) di
Bosnia Herzegovina tahun 1993 hingga 1998;
(vi) Operasi Khas Timor Leste, Mei 2006 hingga Ogos 2006;
(vii) United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL), tahun 2007
hingga sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, dengan penyertaan Malaysia dalam pelbagai misi
pengaman di seluruh dunia telah memberi impak positif kepada negara dan ATM
khususnya. Untuk ATM ia memberi input dan pengalaman, pengetahuan yang berguna,
bagaimana kita berhadapan dengan pelbagai konflik yang berlaku di negara-negara
tersebut. Ia sebenarnya membina jati diri anggota-anggota kita, betapa nikmatnya hidup
di Malaysia dalam suasana berbilang kaum, berbilang agama, kita masih ada elemenelemen
toleransi.
Kedua, ia juga menguji kesediaan angkatan tentera serta pengalaman
mengaplikasikan doktrin-doktrin peperangan atau pertahanan yang terbaru. Antara
lainnya, kita juga dapat kesan impak dari sudut ekonomi kerana negara-negara yang
berkonflik ini apabila aman sudah tentu membuka banyak peluang-peluang pelaburan
kepada pelabur-pelabur dalam negara. Tidak perlulah saya beri contoh di Cambodia, di
DR. 13.10.2010
14
Bosnia. Di mana-mana juga yang kita beroperasi ada kesan impak positif kepada
ekonomi negara kita.
Sambil itu juga, ia dapat mempromosikan Malaysia sebagai negara tourism
kepada negara-negara ini. Sehingga kini hubungan-hubungan ini telah jelas
memperlihatkan advantage kepada kita. Dari sudut perbelanjaan sebenarnya semuanya
di reimburse kembali dengan izin, oleh United Nation. Bisanya, tiap-tiap misi itu
memakan belanja permulaan lebih kurang RM50 juta. Sekian, terima kasih.
Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih sahabat saya
dari Mersing. Kita tahu tujuan pasukan pengaman ini dihantar adalah untuk menjaga
keamanan, kedaulatan dan atas dasar perikemanusiaan kepada sesebuah negara dan
ia tidak atas dasar politik dan juga agama.
Apabila berlaku konflik di Lubnan sekarang antara Israel dan Lubnan, Malaysia
telah mengesyorkan supaya diadakan misi pengaman negara-negara OIC. Apabila
berlaku kegiatan lanun di Laut Aden melalui Resolusi 1816 PBB iaitu membendung
kegiatan lanun antarabangsa, Malaysia telah mengesyorkan pasukan pengaman
maritim antarabangsa.
Apabila berlaku konflik Bosnia Herzegovina, dalam pasukan pengaman kita,
UNPROFOR telah melihat penyembelihan rakyat Bosnia oleh tentera-tentera Serbia.
Malaysia telah mengesyorkan supaya tentera pengaman ini dipertingkatkan
persenjataan mereka. Tiga syor yang telah dikemukakan oleh Malaysia pada ketika kita
mempunyai taring dan juga gigi, pengerusi NAM dan juga OIC tidak dihiraukan oleh
PBB.
Apakah pelan pasukan negara kita seterusnya kepada PBB, supaya kita ini
dilihat sebagai sebuah negara yang boleh membantu konflik di negara-negara luar?
Dalam suasana kita tidak mempunyai taring dan gigi lagi sekarang ini. Singa tidak ada
gigi. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad: Yang Berhormat bukan doktor gigi,
doktor perubatan. Jadi Yang Berhormat tidak ada kuasa hendak cabut gigi orang
melainkan Yang Berhormat doktor gigi. [Ketawa]
Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Dia bukan cabut gigi. Dia
menyepak bagi luruh gigi.
Beberapa Ahli: [Ketawa]
DR. 13.10.2010
15
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, ya lah saya
maafkan Yang Berhormat Pendang kerana dia tidak ada pengalaman duduk dekat sini.
Tidak dapat banyak maklumat.
Beberapa Ahli: [Menyampuk]
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad: Sama ada, ada gigi atau tidak...
Seorang Ahli: Sombong nampak?
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad: Tidak. Yang Berhormat kalau duduk
dekat sini mungkin jadi Menteri Kesihatan. Timbalan Menteri Yang Berhormat Pokok
Sena. [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Bagi
jawapan sahaja Yang Berhormat. [Dewan riuh]
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad: Jawablah ini. [Ketawa]
Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Ini yang payah, pasal doktor
kesihatan.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, sama ada taring
atau tidak, sama ada kita jadi Pengerusi NAM atau Pengerusi OIC, ia tidak ada sangkut
paut langsung. Kita tidak jadi Pengerusi NAM masa Congo pun perkhidmatan kita
diiktiraf.
Di Somalia pun, tidak ada. Malah kalau hendak ada taring sewaktu kita menjadi
anggota keselamatan PBB. Ini tidak lama lagi hendak habis, kita hendak lobi. Sekarang
lobi pun sudah bermula di mana pegawai-pegawai tinggi kita yang berkhidmat di United
Nations, mereka bukan berkhidmat untuk negara kita. Kerana kepakaran mereka dalam
hal-hal ketenteraan dan pertahanan, mereka telah dikesan oleh United Nations untuk
berkhidmat. Yang terbaru, saya ada terjumpa di New York baru-baru ini ada tiga orang
berpangkat kolonel. Seorang kapten navy, seorang etnik India.
Jadi, oleh kerana kepelbagaian kita itu, sebenarnya yang menunjukkan dan track
record kita yang baik. Ini bukan kerana ada gigi atau tidak ada gigi. Jadi, jelaslah
bahawa cadangan-cadangan kita dihormati kerana cadangan-cadangan kita adalah
logik dan praktikal. Sekian, terima kasih.

Hairan juga bila tanya tak mau jawab, tu ana belum tanya lagi pasal apa kita dah tak layak jadi pengerusi OIC dan NAM pula dah, dulu bukan main gah, masa jadi oengerusi pun tak boleh buat apa, dah tak ada apa-apa ni lagi lah tak boleh nak buat apa-apa, nasib lah kau Labi.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.