Siapa nak kalah, kalau zaman Dr Mahathur dibina menara berkembar Petronas yang menjadi kebanggaan beliau, kini tak kurang juga Najib RM akan pula berbangga nanti untuk melakarkan satu lagi sejarah negara , bangunan yang lebih tinggi lagi daripada apa yang telah Dr Mahathir bina, bangunan 'Warisan Merdeka'. sekitar Stadium Negara dan Merdeka satu bangunan setinggi 100 tingkat , melepasi menara berkembar 85 tingkat zaman Tun Dr Mahathir bernilai RM 5 billion ringgit Malaysia.
Bangunan Sri Perdana (kediaman rasmi PM) di Putrajaya bakal menelan RM65 juta untuk kos tambahan dan pengubahsuaian, menjelaskan bagaimana peruntukan kepada Jabatan Perdana Menteri memecah rekod dengan catatan RM15.8 bilion.
Seandainya kedua-dua kes ini dibaca bersama, maka akan didapati bahawa kerajaan BN masih tidak mengambil iktibar daripada "projek mega" zaman Perdana Menteri ke-empat, Mahathir Mohamad. Projek mega seperti Putrajaya misalnya, telah membebankan generasi akan datang dengan kos penyelenggaran yang terlalu tinggi.
Pembinaan projek mega semestinya memanfaatkan golongan kontraktor, yang menjadi asas kepada UMNO. Najib cuba menghalalkan kesinambungan "projek mega" dengan "Semangat Malaysia Boleh", tanpa menyedari bahawa keghairahan untuk menghambat kemegahan pencakar langit inilah yang menjejaskan ekonomi Malaysia.
Wartawan Australia, M.Backman dalam bukunya Asia's Future Shock, mengulas situasi Malaysia dengan satu artikel berjudul "From Malaysia Boleh to Malaysia Bodoh". Backman menganggap Malaysia memiliki kelebihannya yang tersendiri, kerana kaya dengan sumber semulajadi, malah telah mewarisi satu sistem yang moden dari tangan penjajah British.
Namun demikian, kelebihan-kelebihan ini telah dibinasakan, kerana dasar ekonomi yang lebih mementingkan pengagihan daripada penghasilan, hubungan etnik yang teruk, malah terlalu bermegah-megah dengan projek yang indah khabar dari rupa untuk mengubati perasaan inferior dirinya. Mahathir pernah mengibaratkan menara Petronas KLCC sebagai kotak untuk si pendek, Abdullah Ahmad Badawi pula ghairah dengan khayalan angkasa-nya. Sampai sekarang apakah hasil kajian yang dibawa oleh Angkasawan negara pertama dan terakhir itu memberi manfaat kepada rakyat di Baling dan Padang Terap serta Kenawit dan Sibu?.Dimana hasil kajian dan analisis kajian kuman , sel barah atau kesan antibiotik kepada bakteria itu sehingga ini memberi manfaat kepa rakyat, bahkan masalah dangue dan leptospirosis menjadi hantu kepada mimpi ngeri setiap rakyat yang pastinya sedang menghadapi suasana bakal disaman inspektor kesihatan ketika rumah mereka diperiksa nanti?.
Meneliti secara terperinci bajet 2011 ini, rata-rata rakyat Marhaen dibawah mengeluh, pekerja disektor awam dan swasta juga merungut, apakah kali ini peminggiran dahsyat rakyat terlaksana dengan begitu jaya sekali oleh regim Najib dan RM. Apakah harga barangan yang menggundah gulanakan rakyat sekian lama ini tidak diambil kira oleh beliau, makanan harian yang naik tak mahu turun sekali minyak dinaikkan harga , apakah uasaha untuk mengendurkan bebanan ini kepada rakyat diberi keutamaan.
Rakyat bertanya lagi apakah begtangan yang diturunkan cukai itu menjadi kegunaan harian makcik dan pakcik dikampong, berapa benyak tas tangan yang dibeli oleh mereka sebulan, bahkan setahun pun mungkin tak pernah diperbaharui pun, apakah seluar dalam dan minyak wangi dipakai oleh penoreh setiap kali pulang dari menoreh itu yang diturunkan cukai oleh DS Najib!. Bahkan seingay ana, satu kelambu yang dibeli boleh tahan sampai 10 tahun, bahkan zaman ini anak dan cucu pun tak pernah lagi tahu apa itu tidur didalam gua (kelambu), itulah yang diturunkan bajet oleh DS Najib. alahai malangnya nasib kita rakyat Malaysia.
Dalam banyak hal, yang amat gembira adalah isteri tersayang lah, tahun lalu 100 juta untuk pintar, kini dilonjakkan kepada 111 juta, tambahan 11 juta , untuk buat permata baru dan maintain yang sedia ada, amat bernasib baik isteri tersayang ini, tanpa ada potfolio dan jawatan menteri, tetapi unit yang dipegang beliau terus mendapat perhatian dan agihan yang lumayan. Apakah ini hasil daripada himpunan para first lady yang begitu riuh dan ramai menghadiri persidangan tempoh hari, atau inikah hasil dari contoh apa yang perlu PBB ikut Malaysia yang akan dilaksanakan oleh mereka didalam program mendidik anak-anak kecil masadepan kita. Tahniah First Lady !.
Memang jelas dan sah lagi bersuluh, nampaknya apa yang dikatakan oleh ramai adalah bajet menghadapi pilihanraya ke 13, yang jelas mendapat laba selepas ini adalah yang menjadi para pengempen dan pekerja parti , tetapi untuk tidak menampakkan terlalu bias,maka dimasukkan sekali imam dan guru KAFA agar tak terlalu nampak sangat bahawa ini untuk bahan menaikkan kekuatan semasa nak mengundi, jadi orang kami dapat, hampa ambik la sikit.
Lepas ni hampa tutup mulut la, pi main jauh-jauh no. RM 500.00 habuan untuk anak masuk sekolah, itu dihadiahkan kepada kakitangan awam , 2 orang anak habis la banyak tu, baju, seluar, kasut, setokin dan lain-lain, habis liu , walaupun Ceupacs minta dua bulan gaji, namum yang ni kerajaan tak ddapat penuhi kerana implikasi kewangan yang berat terpaksa kerajaan tanggung.
Ya lah, kalau untuk rakyat terbanyak bebanan kepada kerajaan, tapi kalau nak buat pencakar langit yang tak tahu apa itu faedah kepada rakyat dan negara dalam suasana terlalu banyak dah ruang dan pejabat yang tak tersewa sekarang ini, apakah ini berbaloi untuk kita. ?
Itu belum bicara lagi pasal hak orang Kampong Baru yang baru akan tergadai, belum sebut lagi pasal tanah Pengkalan Tentera Sungai Besi yang akan dipenuhi simen dan besi menjadi satu lagi bangunan pencakar langit, dimana sistem pertahanan negara didalam bandar akan berpindah lepas ni, begitu juga belum lagi kita bicara pasal tanah hutan milik FFRIM di Sungai Buluh yang juga akan menjadi terang ditebang nanti, hai entahlah Malaysia.....
No comments:
Post a Comment