Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Saturday, August 21, 2010

Sumbangan Ramadhan


Sempena kedatangan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini, maka program sumbangan untuk mereka yang kurang berada masih diteruskan .Sebagai meneruskan program ini,pada hari semalam Muslimat PAS Kawasan Pendang telah turun padang ke Kampong Becah dan Carok Kudong memberi sumbangan kepada mereka yang kurang berada dan warga emas serta bekas veteran PAS yang sudah uzur sekarang ini.

Program berlangsung sepanjang pagi semalam diketuai isteri Ahli parlimen Pendang sendiri, Dr Hajjah Rahimah Sahit, Ketua Dewan Muslimat PAS Pendang.

Terima kasih kepada penyumbang yang sudi melaburkan sumbangan mereka untuk saham akhirat yang mana digandakan pahala pada bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.