Ini masalah yang berlaku dikampong-kampong, apa yang terjadi saperti yang ana sentuh dalam tulisan baru-baru ni dalam blog ana, orang kampong selalu menghadapi masalah untuk mendapatkan khidmat ambulan ini dan apabila berlaku kes kecemasan saperti yang ana sebut tu, kena petir, maka cari punya cari driver ambulan tak ada, sehingga mereka terpaksa membawa anak mereka yang terkena petir itu dengan kereta sendiri, cuba bayangkan dengan keadaan jalan yang sesak dan tiada jaminan keselamatan untuk memandu dengan laju untuk menuju kehospital .
Menteri kata beliau nak siasat dan jawap, sebab sebelum ni ana ada dengar petugas saperti driver stanby dan MA stanby sudah tidak diberikan elaun untuk mereka stanby tu lagi, jadi sebabtulah ana tanya soalan ni, kita takut bila dah tak ada elaun stanby ni lagi, maka orang yang kena tugas stanby tu sudah tentu akan menghilangkan diri, maka kalau yang kena on call hantar pesakit, yang stanby tak ada, maka tak ada peluanglah kita nak dapat perkhidmatan ambulance.
Kita nak tunggu hasil siasatan beliau bagaimana yang berlaku pada hari kematian anak en Kadir tu.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,
saudara Timbalan Menteri. Baru-baru ini seorang, di kawasan saya, di Pendang dipanah petir
dan anaknya meninggal dunia. Malangnya apabila dibawa ke unit kecemasan, didapati tiada
ambulans kerana tidak ada driver. Walaupun ini kes spesifik, saya rasa mungkin ia mewakili keskes
di tempat lain. Anaknya meninggal dunia, dicari driver ambulans tidak ada.
DR. 15.7.2008
17
Jadi saya hendak tanya apakah sekarang ini kementerian sudah tidak memberikan elaun
standby untuk mereka-mereka yang standby di dalam sama ada klinik ataupun hospital daerah.
Itu minta jawapan daripada kementerian, apakah sudah ditiadakan elaun standby?
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih soalan
tambahan daripada Yang Berhormat Pendang. Ini spesifik, saya amat simpati dengan apa yang
terjadi kepada pesakit tersebut. Elaun standby ini masih berjalan tetapi oleh sebab ia spesifik,
saya akan pastikan saya dapat laporan yang terperinci esok pagi mengenai perkara tersebut dan
saya akan maklum kepada Yang Berhormat Pendang.
Wednesday, July 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment