Penolong Pesuruhjaya Kanan Rodwan telah secara salah memindahkan sampel DNA yang ada dalam simpanan forensik. Dalam pemeriksaan balas saksi-saksi pendakwaraya yang berjaya mendedahkan DNA yang diambil dari sampel darah tersebut telah ditanam di tilam yang terkenal itu."
Tersentak ana bila membaca ini dalam ulasan peguam DSAI . Ternyata apa yang dipesan oleh nenek ana semasa dia masih hidup dulu , baru sekarang ana faham. Orang tua, banyak pengalaman, kata orang makan garam lebih dulu dari kita.Apa pesanan dia, " hampa tok nak pesan, bila besar nanti nak kerja apa pun kerjalah, tapi satu tok nak pesan , jangan kerja polis sudah". Kami tanya pasal apa, dia tak jawab, nanti hampa tahulah sendiri.
Nah sekaran dah berbelas tahun dia mati, barulah kami semua faham apa yang dia maksudkan. Siapa yang kata DSAI safe and sound, tapi bila rakyat tahu, dah lebam mata, bukan kah itu kerja bekas Ketua Polis Negara, sapa kah yang kata DSAI diberi masa hingga 2 petang untuk sampai ke IPPKL, tetapi pukul 1.30 ditahan dengan anggota bertopeng ditengah jalan dengan berbelas kenderaan, bertopeng ni lanun ke, polis ke, ana pun tak dapat nak jawab. Sapa yang kata DSAI meliwat Azizan sampai kena usung tilam naik turun mahkamah tetapi terpaksa tukar tarikh sampai 3 kali kalau semua ni bukan kerja PDRM. Memang sekarang baru ana faham apa yang nenek ana cakap dulu tu. Kalaupun kerja besar sampai jadi ketua polis negara, tetapi akhirnya kena lepas jawatan pasal belasah bekas TPM sampai nak mati, apakah maknanya hidup kita dalam dunia ni.
Orang dah tak pandang kita lagi, samada kita itu bekas orang besar atau tidak, tetapi last hidup kita masuk penjara kerana melakukan jenayah. Lainlah kalau kita dianiaya , kalau keluar penjara pun orang masih tak percaya jenayah yang dilemparkan keatas kita. Ana solute tok ana pasal pemikirannya yang advance tu, kini baru ana faham pasal apa dia kata jangan kerja polis, kalau bekas ketua polis negara pun boleh melakukan jenayah, apatah lagi nangoi-nangoi yang dok dibawah ni, macam ketua polis yang ada la ni, yang di buat repert polis oleh DSAI, rakyat boleh nampak yang yang sedang berlaku, imej sudah jatuh, macam mana nak bagi rakyat percaya dengan tugas mereka.
Satu lagi pasal DNA ni, ana juga rasa hairan kenapa polis beria-ia sangat nak dapatkan darah untuk test DNA, padahal dulu masa 1998, DSAI dah diambil darajnya untuk test DNA.Kalau kita lihat dinegara maju saperti Braitain, eropah dan USA, mereka ada bank DNA untuk anak baru lahir, bila apa-apa berlaku, kemtian yang tak boleh tahu identiti, terus ambil tisu mayat tu dan bandingkan dengan bank data DNA yang bertahun-tahun disimpan, kalau matching, maka itulah dia orangnya. Sebab data DNA tidak akan berubah sampai bila-bila, dan tidak sama antara satu dengan yang lain , tujuan nya untuk menentukan keturunan atau genetik seseorang melalui keturuan ibu atau bapa. Oleh sebab itu bekas tulang Altantunya dimatching dengan darah ibu bapanya, maka dapatlah diketahui bahawa itu mayat Altantunya.
Kalau dah kita ada data DNA map, seseorang, maka sampai bila-bila pun kita boleh matching dengan apa yang kita nak siasat. Dalam kes-kes yang dipaparkan dalam siri CSI kita lihat apa saja boleh diambil asalkan ada tisu dan sel, rambut, air liur, air mani, kencing ,kulit, kuku dan matchingkan dengan data DNA yang telah kita simpan, maka dapat tahulah apakah orang itu terlibat atau tidak.
Tetapi apabila kita baca keterangan peguam DSAI diatas, maka ada syak dihati rakyat bahawa ini satu lagi cara untuk mensabitkan seseorang denagn mengambil sampel darah lalu diletakkan ketempat suspek yang terlibat, dan diambil sampel dari orang kedua tersebut, maka akan dikatakan bahawa beliau telah diperkosa oleh orang yang kena tuduh tadi, maka beliaupun didapati bersalah. Sebab ini permnah berlaku, dan orang yang menyiasat itu pernah terlibat dengan perlakuan penipuan, maka analogi ini tidak boleh dinafikan, kemungkinan ini boleh berlaku.
Jadi sebab itulah Islam meletakkan hukum qazaf kepada orang yang menuduh kalau tidak ada 4 orang saksi yang melihat dengan jelas dan terang macam batang celak masuk dalam lubang celak.
insaflah wahai manusia, bertaubatlah kalau telah tersilap, hukum Allah sesungguhnya amat pedih.
Wallahu aklam.
Friday, July 18, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment