Wednesday, July 16, 2008
Miskin tegar?
Ini yang berlaku dalam masyarakat kita hari ni. Bila orang lain yang menjadi pemerintah, maka bermacam peraturan baru akan dibuat oleh UMNO Bn ni agar mereka saja seolah-olah yang boleh memerintah. Ana cukup terkilan bila melihat gambar ni dipejabat UMNO Pendang, patutlah baru-baru ni bila ada permohonan rumah KEDA beratus-ratus borang yang ana terpaksa sign bagi pihak orang miskin tegar ni, kerana syarat nak pohon adalah pendapatan mesti kurang dari RM 430.00 , cuba bayangkan kalau rekod dari pejabat daerah , orang miskin tegar dalam daerah Pendang hanya sekitar 200 orang, tetapi bila saja orang lain memerintah, maka jumlah tersebut pasti akan bertambah menjadi ribuan pula pasal , lihat saja gambar diatas tu. UMNO yang mendaftar melalui KPKT , tidak mehu lkut penyelerasan melaui pejabat DO, padahal selama ni pejabat DO lah yang menjadi segala tempat rujukan untuk mendapatbantuan apa saja dan membayar apa bentuk cukai yang berhubung kait dengan rakyat dan kerajaan.Ana fikir satu saja kemungkinan yang akan berlaku bila sebut pasal miskin tegar ni, bila mereka perintah, jumlah miskin tegar sikit, pasal daftar melalui pejabat DO, tetapi bila kita perintah, kemiskinan tegar akan bertambah bila mereka sendiri yang daftar. Cuba bayangkan bila suasana ini berterusan terjadi akibat masing-masing nak tegakkan benag basah mereka, maka sampai kiamatpun miskin tegar tak terhapus. Pihak kerajaan negeri sedang mendaftar miskin melalui e sinar, tetapi BN yang kalah ni daftar melaui KPKT, sampai bila statistik ni nak sama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment