Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Wednesday, July 23, 2008

Komisyen kepada POS Malaysia berapa nak bagi?

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ya, Pendang.
12.32 tgh.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi, tentang
RM5 bilion untuk rebat ini, saya ingin mendapat penjelasan daripada Menteri Kewangan
berhubung dengan dakwaan dia mengatakan kita belum menentukan komisen sebanyak mana
akan diberikan kepada Pos Malaysia. Saya hendak tanya apakah RM5 bilion ini termasuk
komisen yang akan ditentukan? Sebab benda ini belum tentu lagi. Bila belum tentu kita tidak
tahu. Mungkin perlu pertambahan daripada RM5 bilion kerana jumlah kenderaan yang terpaksa
mendapat rebat ini mungkin bertambah selepas ini.
Yang keduanya, tentang hak nelayan-nelayan untuk mendapat kuota minyak. Saya
harap perlu ditambahlah sebab nelayan di Kuala Kedah banyak yang mengeluh sebab tidak
kecukupan minyak dengan kadar subsidi yang baru RM1.43 sen itu. Terima kasih.

Ana tanya ni dalam peringkat JK pasal nak tahu berapa banyak yang POS Malaysia dapat, kerana dalam POS Malaysia tu ada juga saham yang dimiliki Capital Aveneu dan dalam tu ada lah lagi orang -orang yang dekat dengan Menteri Kewangan, jadi masalah disini bukan apa, bila kerajaaan naikkan harga minyak kerana nak kurangkan subsidi, jimat 13.4 billion, kerajaa terpaksa bagi ribet 5 billion dan struktur semula subsidi sebanyak 10 Billion, jumlah 15 billion, maka minta tambahan 15 billion dari parlimen. Nampak bodoh lah kalau macam ni , pasal tu ana tanya berapa komisyen yang POS dapat setiap ribet yang dibayar 5 billion tu, tapi macam biasa tak jawab. Hari tu kata tak bincang berapa nak bagi, macam ni orang BN buat kerja, esok2 minta tambah lagi pasal kalau POS minta lebih kerajaan terpaksa bagi kerana dah guna khidmat mereka untuk bagi ribet kepada org ramai. Macam tu lah BN buat kerja, tak cukup duit, rakyat tanggung, nak duit minta dari rakyat, lebih duit bagi kat syarikat anak cucu. Mampus rakyat macam ni, dah nak lingkup pun masa ni lah mereka ni nak kaut habis -habisan.
Kadang-kadang meluat dok dalam tanya soalan pasal tu la, lebih baik dok atas pentas ceramah kat rakyat, depa tak jawab punya geng ni.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.