"Siapa tidak tahu track record Paklah, menipu dan memungkiri janji, dia bukan sahaja memungkiri janji dengan lawan politik tetapi kawan dalam pasukannya termasuklah perjanjiannya dengan Dr Mahathir. Menipu dan berbohong adalah sikap utama dalam golongan orang Fasiq, malah orang Fasiq kesaksiannya juga ditolak oleh Islam. apakah pemimpijn Pas tidak tahu kegemaran Paklah menipu dan menikam kawan dan lawan dari belakang? dari sejarah geng Parti Semangat 46, isu pendidikan sekolah Agama Rakyat sehinggalah dalam hal hal melibatkan kepentingan Rakyat Paklah sememangnya penipu.
Bermuzakarah tidak ada salahnya.. kenapa kita tidak sahaja cari mana mana ahli Parlimen dari Umno yang mahukan perubahan dan beralih kepada Islam untuk berunding? ramai ahli Umno diluar sana bersedia berubah tetapi mereka tidak yakin untuk terjun kedalam Parti seperti Keadilan yang disifatkan sebagai parti bermusim seperti semangat 46, kenapa tidak sahaja Pas mengikut rentak Anwar bertemu dengabn pemimpin pemimpin dalam Umno berunding untuk mereka lompat Parti dan beralih kepada pakatan rakyat? tetapi berbicang soal tawaran jawatan dan kuasa dari Paklah yang paling kuat menipunya, terus terang saya cakap dari hari pertama Paklah menjadi Perdana Menteri naluri hati saya tidak pernah suka dengan Paklah. malah kebencian saya kepada Paklah lebih dari kebencian saya kepada Dr Mahathir. dia menggunakan agama(Islam hadhari) menipu Rakyat, malah menjadi penyebab banyak dari sekolah agama rakyat yang dahulunya melahirkan pejuang pejuang Pas tutup satu persatu dengan asakan dan tawaran Dunia dari paklah. dia laksanakan JQAF menyebabkan guru guru sekolah agama rakyat lari dan graduan yang pulang dari mesir dan jordan menebal sikap penakut untuk dekat kepada PAS, secara jujur saya minta orang Pas lihat sekeliling anda, dalam jamaah anda? mana pergi ustaz ubtaz dari mesir? saya rasa lebih ramai profesional dan bukan ahli agama yang dekat dengan jamaah Islam, sebab apa? sebab kebanyakannya takut kalau kalau hilang gaji dan elaun.JQAF. ini yang saya lihat disekeliling saya dan sikap penakut kawan kawan saya. Dosa Paklah terlalu banyak kepada Islam apakah pemimpin Pas tidak pernah sedar. lihat apa jadi dengan warisan sekolah agama rakyat yang dibina oleh ustaz ustaz dan pak pak lebai dalam Pas, sudahkah ianya tergadai kepada kerajaan Pusat? "
Ana tertarik dengan artikel dalam laman Marhaen ini dan sengaja ana copy dan paste disini agar ia menjadi renungan atas salah satu dari ribuan keluhan yang disuarakan oelh rakyat dan penyokong ekoran terbongkarnya isu perbincangan antara pemimpin PAS dan UMNO baru-baru ini dan disensasikan oleh media perdana setiap hari. Inilah yang ana rasa perlu direnungi oleh para pemimpin parti yang menerajui PAS pusat sekarang ini. Kalau kita berbincang dengan musuh kita tanpa restu dan pengetahuan ahli diperingkat bawah , inilah jadinya, bila mereka tahu apa yang berlaku sekarang. Para pemimpin itu pergi secara senyap kepada musuh, kononnya nak berbincang pasal perpaduan Melayu dan Islam, tetapi musuh tradisi kita itu dengan jelas dan terang membongkar rahsia pertemuan dengan kita dan dilondehkan semuanya sekali apa yang telah dibawa dalam perbincangan itu, nah, sekarang siapa yang sudah nampak tehegeh-hegeh dan malu, bukankah kita yang digambarkan sebagai kebulur jawatan dan tak tahu nak jaga hati rakyat yang mengundi. Ingatan kepada yang menjadi pemimpin diperingkat atasan, kita naik kerana orang bawah, ana sudah puas mendengar bermacam rungutan dan keluhan mereka diakar umbi mengatakan bahawa kalaulah begini rupa mereka yang menjadi perunding dan pemimpin, kalau silap haribulan, dijangka suatu yang lebih buruk dari 1978 boleh berlaku dalam parti yang kita sayangi ini. Kita rela pemimpin pergi, dan telah ramai pemimpin yang pergi meninggalkan PAS, tetapi kita tidak rela ditipu oleh musuh tradisi kita yang banyak menyusahkan kita dalam perjuangan Islam ini. Tidak cukupkah kita dengan satu demi satu penipuan yang telah mereka lakukan kepada kita, sudah lupakah kita dengan satu demi satu penginiayaan yang terkena terhadap kita, berapa ramai ahli kita yang dirundung kecundang dalam berbagai aspek kehidupan dengan kerja buat mereka ini dan pulak tu diizinkan oleh Allah, tidak cukupkah dengan jatuh lubang sekali dan nak jatuh lagi dalam lubang yang sama kali kedua. Percayakah kita kepada perundingan dengan musuh, tentu mereka datang dengan tektik dan teknik untuk menipu dan menginanya kita. Nak sekarang lihat, apa sudah jadi dengan perpaduan sesama kita, ada ura-ura nak adakan demo menyokong kenyataan TGNA dalam penentangan terhadap muzakarah ini, apa pula terjadi kepada penyatuan PAS selepas ini jika ini benar-benar berlaku, bagaimana dengan kerjasama kita didalam pakatan rakyat nanti.
Jadi harap kalau pemimpin nak buat sesuatu, ingatlah bahawa kita naik kerana ada orang bawah, jangan buat sesuatu hanya kerana janji dan habuan yang dikilaukan oleh pihak musuh, ingatlah bahawa sesungguhnya musuh itu mesti ada muslihatnya, kalau tidak takkan seluruh media digunakan untuk mempromosi muzakarah ini.
Renuglah wahai pemimpin ku, agar yang dikendong tak keciciran, yang dikejar tak kesampaian, nanti besok tinggal kita kesaorangan , nak cari pencadang dan penyokong pun susah bila nak isi borang nak masuk jadi calon, kena lari sana dan lari sini.
Wednesday, July 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment