Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Monday, August 11, 2008

Nasib ditanah air sendiri, kena lari walau tak dihalau.



Pembangunan datang, kita kena pergi, itulah apa yang ana dapat lihat akan terjadi kepada rakyat marhaen dikampong-kampong dimana juga sekarang ini. Walaupun itu tanah nenak moyang kita yang telah kita duduki dari dulu lagi, tetapi apabila pembangunan hendak dibuat, maka terpaksalah kita kena mencari tempat ganti yang lain buat kita berteduh. Inilah yang berlaku pada kawan-kawan kita yang tinggal disepanjang kawasan double tracking di landasan keretapi diantara kokbah dan tokai yang sedang giat dibina sekarang ini. Walau pun rumah mereka tidak akan diambil untuk dibuat landasan berkembar, tetapi kerana tanah mereka telah disempitkan dikiri oleh sungai buang air MADA dan dikanan oleh landasan berkembar, maka tinggallah tanah tapak rumah mereka yang sekangkang kera itu berhadapan pula dengan kabel elektrik yang akan dipasang dengan kuasa elektrik 24 KV . Ini sedah tentu akan menyebabkan semua orang kecut perut nak duduk dikawasan yang begitu tinggi kuasa letriknya. Semasa ana meninjau kawasan tersebut baru-baru ini, ana nasihat mereka supaya mengadakan perbincangan dengan syarikat berkenaan untuk sedikit pampasan gantirugi tanaman dan rumah yang terkena dalam plan pengambilan dan berharap mereka dapat bersatu untuk mendapat nasihat daripada kerajaan berhubung dengan status penempatan mereka dan risikonya kelak. Mereka telahpun menghantar surat kepada MB berhubung perkara tersebut, jadi ana harap satu penyelesaian terbaik akan dapat dicapai berhubung dengan perkara tersebut. Kalau dilihat pada gambar yang diambil semasa ana menziarahi rumah mereka, memang nampak dekat benar rumah dengan kawasan landasan yang bakal dibuat tersebut. Kayu pancang itu merupakan kawasan yang akan ditimbus dengan tanah merah dan memang tiang rumah mereka akan terpaksa dibuangkan.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.