Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Sunday, September 7, 2008

Bah lagi



Sekali lagi kami penduduk Pendang terpaksa bertarung dengan musibah banjir yang melanda Pendang dan kesekian kalinya terpaksa mengharung lautan banjir yang meliputi sawah padi yang belum dituai berbekalkan bot dan enjin sangkut Pusat Khidmat. Tahun ini nampaknya senareo tahun lepas mungkin akan berulang, banjir diawal Ramadhan dan di akhir Ramadhan . Walau bagaimana pun, diharap pada tahun ini segala persiapan akan dibuat dengan rapi oleh pengurusan baru Kedah dan Pegawai Daerah yang akan melaksanakan tanggung jawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi. Cuma harapan ana agar segala bantuan mencukupi dan rondaan dapat dilakukan dengan waspada kerana arus nampak deras tadi sewaktu ana meninjau banjir di Kpg Batu Hampar Kiri dan Kanan. Banyak rumah yang berada didalam air dan ada mangsa yang terpaksa berpindah kerumah jiran. Ada kampong yang terputus hubungan dan kanak-kanak sekolah terpaksa diangkut dengan bot kerana perhubungan jalan alternatif jauh dan becak.

Bagai lautan , padahal dibawah tu adalah sawah padi, ana cuba tengok berapa dalam, oii mak, hapus kepala .
Semalam ana sempat menyampaikan bantuan kepada penduduk di Kampong Banggol Sanai dengan menaiki bot dan sedikit sumbangan kepada mereka yang berpindah kesurau Banggol Sanai, banyak rumah yang ditenggelami air sehingga paras pinggang dan tak dapat diduduki pada ketika kami sampai. Semalam ada lapan keluarga yang dibawa berpindah kesurau ini.
Mujur dikawasan ini arus tidak kuat, kerana air bertakung sebab disekat oleh lebuh raya yang dibina serta landasan keretapi yang telah sedia ada dimana terowong yang dibuat bagi melalukan air terlalu kecil dan bengkok berbanding dengan air yang datang secara mendadak. Tak tahulah ana bagaimana engineer PLUS dulu mengira kadar aliran air dan jumlah kapasiti air yang ada dikawasan itu. Harap perkara ini dapat dibetulkan oleh pihak PLUS, kalau tidak juga, mungkin dalam perbahasan Bajet nanati terpaksa ana sentuh agar Menteri Kerja Raya tahu masalah yang ada dibawah bidang kuasa dia, bukan nak lihat hanya smart tunnel dan MRR2 saja.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.