Sewaktu ana dijemput untuk bersama dengan pelajar dari Universiti Taksin cawangan Songkla Thailand diperkarangan Watt Titi Akar anjuran Kelab Penyokong PAS Pendang, beberapa malam lepas, terpegun ana melihat cara mereka memajukan bidang pertanian dinegara gajah puteh itu.
Dibawa pada pameran malam itu mengenai pokok tai yang dibuat berbagai jenis produk baik yang boleh dimakan , minum dan digunakan untuk kraftangan dan beg tangan serta topi. Mereka sampai mempunyai sebuah fakulti khusus mengkaji kepelbagaian produk tradisi dan penggunaan bahan tempatan yang boleh dipelbagaikan. Bayangkan buah tai dibuat bahan makanan, nira pokok tai dibuat minuman dan cuka serta manisan, pelepah pokok tai dibuat beg tangan dan topi hasil dari serat pelepah yang diketuk dan diwarnakan. Tidak bincang lagi kepelbagaian jenis makanan yang oleh dihasilkan dari buah tai ini. Sampai masuk universiti mereka mengkaji dan menghasilkan produk, begitu juga dengan hasil buah-buahan yang lain. Pendek kata hasil pertanian mereka sampai keuniversiti dikaji kepelbagian kegunaannya.
Tetapi apa yang ana rasa pelik bagi kita, bukan nak bagi ilmu pertanian kepada pelajar tetapi pergi belajar bidang pertanian dan makanan di Negara Taiwan. Ana tak tahulah setakat mana majunya bidang pertanian negara Taiwan ni kalau nak dibandingkan dengan negara Thailand. Dah tu pergi pula dalam bulan puasa dan rakyat dinegara ini sedang pula dirundung malang dengan ribut dan banjir yang menimpa kebanyakan kawasan, dan ini akan berterusan saperti lapuran Jabatan Metereologi.
Itulah bijaksananya AP BNBBC yang kita ada yang nak diharap untuk memerintah kita bersama pak menteri yang kata mereka bercuti sambil belajar. Ana rasa rombongan menteri pun tak sampai seramai itu, nak belajar apa kalau dah sampai 50 orang lebih, kalau bukan makan angin dan lari dari suasana yang dikatakan perubahan kerajaan pada 16 September ini.
Bila balik nanti, kita harap mereka semua dapat memebrikan sedikit tunjuk ajar kepada kita tentang bidang pertanian baru yang dipelajari tersebut dan berapa ongkos yang dibelanjakan. Walaupun itu dikatakan duit mereka sendiri, bukankah itu juga mungkin berfaedah jika digunakan untuk rakyat yang tertekan dengan kenaikan harga barang dan musibah yang menimpa serta mungkin boleh digunakan untuk menambah pahala dibulan Ramadhan yang penuh ganjaran ini kalau bersedekah kepada yang memerlukan.
Monday, September 8, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment