Tajuk itu merupakan kata-kata Tuan Guru dari Yala yang kebetulan datang untuk bertazkirah dimasjid ana pagi tadi lepas solat Suboh. Ana sengaja bubuh tajuk tu pasal tertarik apabila beliau kata manusia sekarang ni lebih teruk dah dari lembu. Kita selalu kata manusia bodoh macam lembu, tetapi sedarkah kita bahawa ada ketika lembu itu lebih pandai dan cerdik serta hebat dari manusia.
Dia bagi contoh supaya kita tidak sombong dan bongkak dengan Allah, anak lembu yang baru dilahirkan, kita tak perlu bawa dia mencari puting susu emak dia untuk menetek, tetapi selesai saja ibunya mencuci dan kering kulit, terus dia bangun dan mencari puting susu ibunya dan menghisap susu tanpa perlu ada yang menunjukkan dimana puting itu berada. Lain daripada manusia, kalau lapar mengangis dan terus ibu atau bidan kena membawa mulut bayi itu kepada puting ibunya dan menyusu.
Begitu juga, anak lembu tak payah diajar bertatih dan berjalan, selepas beranak dan segar, terus mereka dapat berjalan macam ibunya.
Seterusnya kata beliau, lembu kalau tak mandi 1 tahun pun, baunya tetap sama macam lembu, tetapi manuisa kalau didalam cuaca kita ini tak mandi satu tahun, susah untuk kita dekati kena berbau busuk.
Lembu tak pernah sakit gigi walaupun tak pernah gosok gigi seumur hidup, tetapi manusia ini kalau sebulan tak gosok gigi, sudah tentu akan dihinggapi penyakit gusi atau gigi.
Itulah hebatnya kejadian Allah dan Allah jadikan semua itu untuk kita berfikir dan merenung akan kejadiannya untuk kita bertambah takwa dan iman kepada Allah.
Sekadar coretan untuk renungan bersama.
Ampun dan Maaf ku pinta,
Dibulan Syawal yang menjelang tiba,
Terkasar bahasa terlanjur kata,
Sama-sama bermaafan sesama kita.
Sunday, September 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment