Saturday, October 4, 2008
Selamat Hari Raya Eidul Fitri Dato' Seri MB.
4 Oktober 2008.
Hari eidul fitri yang keempat, di Mentalon, kediaman resmi MB Kedah telah diadakan jamuan hari raya untuk seluruh rakyat jelata Negeri Kedah , dan pada tahun ini kebetulan ianya diadakan oleh MB dari PAS . Ana kena tolong isteri ana yang jadi AJK Muslimat Negeri kena sediakan kacang kuda rebus.
Dari lepas Subuh pagi tadi, dari semalam maka bertongkos lomos anak beranak membasuh dan merendam kacang untuk direbus dan pagi tadi lepas saja solat Suboh terus rebus sampai jam 9 lebih, selesai toskan kacang tu terus bawa ke Mentalon, terkejut ana dah penuh tempat tu dengan manusia menyerbu makanan yang disediakan. Berbagai jenis hidangan dari lemang dan ketupat, keropok lekor
dan satay, cendol dan ais krim, teh tarik dan meehoon sup, nasi dalca ayam goreng, dan mertabak ,pasembur serta tapai dan tak ketinggalan kacang rebus dan kuih raya yang ana bawa tu lah.
Punya lah tak menang tangan isteri ana dengan AJK Muslimat Negeri melayan tetamu, dalam 45 minit habis bekalan kacang rebus ana tu, nasib baik ada juga menu kacang goreng masin meneruskan menu kekacang dan kuih raya.
Seronoknya raya begini adalah kerana semua kaum nampaknya datang menghadiri jamuan raya MB di Mentalon ni dan rasa kalau macam ni punyai kehadiran, semua juadah yang disediakan akan habis sebelum sampai tempoh 4 petang.
Apa yang paling seronok dan sudah tentu ini akan meninggalkan nostalgia ana masa kanak-kanak dulu adalah pemberian duit raya oleh MB dan isteri.
Berbagai kaum tanpa ketinggalan telah diberi duit raya oleh MB dan isteri yang beratur tertib menunggu giliran masing-masing dan ini sudah pasti menggambarkan betapa disiplinnya mereka dan harmoninya berbagai kaum saperti gambaran didalam majlis jamuan hari raya MB ini. Insyaallah kalau ditambah rezeki majlis jamuan Eidul Fitri bolehlah diadakan dengan lebih besar dan meriah lagi. Terima kasih juga kepada adik-adik penasyid yang telah menghiburkan tetamu dengan lagu-lagu mengingati kebesaran ilahi sesuai dengan hari raya yang mana takbirnya dilaungkan membesarkan ilahi, tidaklah saperti ditempat lain dimana aturcara hiburan yang melekakan dan melalaikan dari membesarkan Allah dihidangkan. Syabas kepada pihak penganjur. Juga program ini dapat mempromosikan kumpulan nasyid adik-adik kita dari SAR dan SAN yang mengambil bahagian disamping mempromosikan album mereka.
Besok insyaallah akan diadakan pula di Kawasan Pendang, 5/10/2008 di Dewan Serbaguna Pendang dari jam 12 hingga 4 petang. Peringkat PAS Negeri khabarnya akan diadakan pada 11 Oktober ini di Sungai Petani.
Di Pendang satu kaum lagi yang menjadi kelainan adalah ramainya masyarakat Siam disini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment