Alhamdulillah, hari ini ana mempunyai sedikit masa terluang ntuk bersama-sama dengan perugas pusat Khidmat Wakil Rakyat ( PKWR) Parlimen Pendang dan DUN Tokai untuk memberi sumbangan hari raya kepada anggota masyarakat yang kurang bernasib baik.
Sebelah pagi tadi ana telah bersama dengan pelatih dan pelajar di PDK ( pusat Pemulihan Dalam Komuniti ) Pendang menyampaikan sumbangan kepada 65 orang pelatih dan 7 orang tenaga pengajar disitu. Dalam amanat sebelum penyampaian sumbangan ana menyeru kepada ibu bapa sekelian menyedari bahawa anak istimewa yang dianugerahi Allah kepada mereka adalah merupakan ujian daripada Allah untuk menambah ketaqwaan dan ganjaran pahala terutama dibulan Ramadhan ini kalau kita redha dengan pemberian Allah dan bersabar menjaga mereka serta tidak menganiaya mereka. Walaupun susah menjaga mereka, tetapi berkat usaha ibu bapa memberi dorongan dan latihan serta kasih sayang kepada mereka, insyaAllah akan diberikan ganjaran kemudahan dalam bentuk rezeki dan apa juga faedah lain yang kita tidak menyangkakan nya.
Disebelah petang pula, ana telah bersama dengan mangsa banjir kilat yang melanda Pendang 2 minggu lepas, diawal Ramadhan dulu dan juga ibu tunggal dan orang kurang berada untuk sama-sama meraikan mereka dalam majlis sumbangan hariraya tersebut.
Lebih kurang 50 orang menerima sumbangan pada ketika itu yang diadakan di Markas PAS Kampong BaruMelalui ruangan ini ana memohon maaf kerana tidak menziarahi mereka semasa banjir kilat berlaku kerana ianya terjadi begitu cepat dan pada ketika itu ana sibuk dengan banjir ditempat lain, setelah diberitahu , rupa-rupanya ianya sudah surut dan kering. Padahal banjir ditempat lain saperti di Banggul Sanai memakan masa berhari-hari dan ada yang terpaksa dipindahkan.
Maaf sekali lagi.
Sunday, September 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment