Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Tuesday, October 14, 2008

Bijak PM, tahniah!!.

Sejak pembentangan bajet 2009 sebelum bulan Ramadhan yang lalu, ana rasa manusia yang menjadi MOF yang paling bijak dalam negara kita masa ini adalah DS Abdullah Badawi wakil Kepala Batas, apa tidaknya bila sahaja selesai membentang belanjawan 2009, beliau melihat kepada trend ekonomi dunia dan negara yang menurun bahkan menjunam, maka beliau mengambil tindakan menukar kementerian dengan timbalan beliau. Ini merupakan suatu yang agak ganjil dalam sejarah sesebuah negara dimana orang lain yang bentang bajet , tetapi lepas tu orang lain yang kena bertanggungjawab terhadap bajet tersebut.

PM mungkin dah agak suasana trend yang akan terjadi, kerna sudah tentu beliau mempunyai ramai penasihat ekonomi yang boleh menasihati beliau sebelum menjelang masa perbahasan kini, lalu awal-awal lagi beliau suka sama suka tukar kementerian agar pengganti beliau dapat bersilat dengan wakil rakyat semuanya berhubung dengan angka dan jumlah yang sudah tentu banyak bertukar dalam masa 6 minggu sejak beliau melafazkan bajet tersebut sebelum bulan puasa lalu.

Kini jumlah pendapatan sudah pasti akan mengecil kerana harga minyak sudah menguncup dari US 135 setong kepada US 77 setong, dan harga sawit yang sudah turun serta harga getah yang juga menurun dimana semua ini menjadi hasil perkiraan kepada pendapatan negara semasa bajet dibentangkan dulu, lalu kalau dengan jumlah itu, maka jika kita hendak menjalankan program ekonomi mengikut jadual dulu, maka sudah pasti defecit dalam belanjawan ini sudah pasti akan berkembang dengan banyaknya, mungkin sampai 2 atau tiga kali ganda.

Oleh itu bila perbedaan ini berlaku, maka cara yang paling mudah bagi PM untuk menempelak bakal Presiden adalah dengan melihat kepandaian beliau bersilat didalam menyelesaikan kemelut ini , kalau beliau kandas, maka tempoh Mac 2009 sudah pasti akan tersasar lagi. Oleh itu , setiap mata rakyat sekarang sedang memerhati tentang apa yang sedang berlaku dalam negara sekarang ini, erutama berhubung dengan kemelut antara Kementah dan MOF ini.

Pendedahan tentang penyelewengan didalam pemilihan pembelian helikopter menggantikan Nuri yang didedahkan oleh Kapt (B) Abu Zahar sekarang ini, mungkin ada hubung kait dengan perpindahan kementerian dan cara untuk meaibkan dan menafikan kemenangan bakal presiden nanti? Hanya persoalan yang memerlukan penelitian dan jawapan bila sampai Mac 2009 nanti.

Saya copy dan paste surat yang dibaca oleh ketua pembangkang dan YB Ipoh Timor dalam parlimen hari ini dan semalam.






No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.