
Sebelum ini pernah diadakan konsert Rabbani di perkarangan Sekolah di Gajah Mati, Pendang dan penglibatan bekas penasyid Raihan , ditempat sama pada tahun lepas bersama juara Akedemi Al Quran pertama saudara Abdullah Fahmi. Majlis dimulakan dengan persembahan Marhaban oleh Kumpulan Al Hilal dari Pendang yang pernah menjuarai Pertandingan Marhaban Peringkat Kebangsaan yang dipimpin oleh Ust Abd Ghani Abdullah , bekas Qari Kebangsaan dan antarabangsa negara beberapa kali sebelum ini.
Pengasingan tempat duduk saperti yang dibuat dalam konsert Mawi di Kelantan dilaksanakan pada malam tersebut yang kebetulan masih dalam mood suasana gembira di Aidil Fitri, oleh itu maka dinamakan Citra Aidil Fitri. Kumpulan yang dijemput adalah Saudara Azhan Atan, juara Akedami Nasyid Kebangsaan TV 9 dan kumpulan UNIC serta turut hadhir bersama adalah Saudara Fakhrurrazi juga dari Akedami Al Quran TV 9.

Oleh kerana suasana malam itu hujan agak lebat, maka kehadhiran hanya memenuhi tangga ayam tempat duduk stadium sahaja yang berbumbung sahaja , tidak melimpah ketempat lain yang tidak berbumbung. Walau bagaimanapun, rasanya program sebegini sudah pasti akan memberikan satu alternatif baru kepada masyarakat Pendang bahawa masih ada lagi cara yang dibolehkan oleh agama suci kita ini untuk berhibur yang tidak tersasar dari pegangan agama kita yang maha suci ini. Semoga dimasa akan datang ianya dapat mencelikkan mereka yang selama ini hanya menjangka bahawa kalau tanpa rock dan hip hop, maka tiadalah hiburan yang akan mengisi ruang hidup kita.

Memang juga menjadi hasrat kerajaan Kedah sekarang untuk menjadikan hiburan yang tidak lagha ini sebagai satu bentuk hiburan yang dibenarkan dalam pentadbiran DS Ust Azizan ini, maka sokongan padu mestilah diberikan kepada usaha murni kearah matlamat yang memohon keredhaan Allah ini.
Itulah diantara intipati ucapan EXCO Kesenian, belia dan kebudayaan serta warisan Kedah YB Dr Hamdan Khalib dalam ucapan peresmian pada malam tersebut. Terima kasih juga kepada tuan pegawai daerah Tuan Harun Jasin yang membenarkan penggunaan stadium dan turut hadhir memeriahkan program malam tersebut.
No comments:
Post a Comment