Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Friday, October 17, 2008

Betul ke ini jawapan Menteri!!!

Ana copy dari posting dalam blog Roslan SMS kerana hari tu ana ada dalam Parlimen masa YB Azmin berucap, Dr Hatta Ramli bertanya minta penjelasan YB Azmin berkenaan dengan tindakan polis menangkap orang awam dalam usaha merobohkan rumah penduduk di Plentong Johor oleh pemaju, yang berkata pihak polis kalau dengan orang awam memang cukup berani, tetapi kalau dengan yang lain, saperti jawapan dibawah ini lah,

Dr Lo’lo bertanya mengapa pondok polis di kawasan berkenaan ( Lorong Hj Taib) ditutup dan ditinggalkan begitu sahaja. Semua pihak mengakui dan menyedari akan masalah jenayah dan sosial yang menjadi-jadi di kawasan berkenaan, tiba-tiba pondok polisnya ditutup!

Lalu jawab Syed Hamid ianya ditutup kerana kehadiran penjenayah mengakibatkan keselamatan pihak polis tidak lagi terjamin, sila rujuk laporan The Star hari ini:

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/10/17/parliament/2300354&sec=parliament

Masuk akalkah jawapan ini? Tambah Syed Hamid pondok polis itu terletak di kawasan yang kotor dimana dibimbangi boleh mengakibatkan anggota yang bertugas dihinggapi penyakit berbahaya.

Soalan Dr Lo’lo ini tidak sempat dibincangkan dalam dewan sehinggalah ahli parlimen PAS Kuala Krai YB Dr Hatta Ramli membangkitkannya semasa perbahasan belanjawan oleh ahli parlimen Gombak, YB Azmin Ali.

Dulu ana pernah masukkan ulasan ana pasal Menteri kita yang bijaksana ni, dia kata pemberita akhbar SCJP ditahan ISA kerana nak jaga keselamatan beliau. Hari Khamis lepas kepada soalan Dr Lo' Lo' Titiwangsa itu jawapan dia kepada soalan kenapa pondok polis ditutup padahal kawasan itu adalah kawasan hitam, sarang pelacuran dan tempat maksiat, sepatutnya perlu kawalan yang lebih lagi la, tapi dia kata untuk keselamatan anggota polis , maka ditutup.

Tetapi jawapan dari pegawai polis yang bertanggungjawab lain pula, pondok polis tidak ditutup, tapi di pindah ke Jln Raja Bot, agak jauh sikit dari tempat tadi , tetapi masih didalam kawasan sekitar Jln TAR itu juga, kawasan Chow Kit. Nampak ada klas la sikit jawapan macam ni.

Kalau jawapan dari Menteri tidak mendapat kepastian dulu daripada pegawai polis dan nampak sangat ketidak cerdikan menteri berkenaan, maka apa lagi yang boleh kita harapkan dari golongan jenis ini. Biasanya kalau menteri nak jawab, dia mestilah dapatkan jawapan dari pegawai yang bertanggungjawab, tetapi yang sorang ni nampak lain sikit, mungkin dah rasa nak jatuh kot. Maklumlah dikawasan sendiripun nampaknya dah mula goyah. Eloklah tu Pak Lah,biar jatuh teruslah mana-mana yang nak menyusahkan rakyat ni, buat habis duit bayar gaji saja.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.