Minta perhatian semua pasal cerita dibawah ini dan fikir-fikirkanlah apa yang telah terjadi pada KWSP akan juga berlaku kepada Tabung Haji ini , kerana terkilas ikan diair, maka sudah kita tahu jantan betinanya.
Baca betul betul cerita dari penulis yang disiar di Tranung kite ni dan renung baik-baik pasal duit didalam kantung Tabung Haji yang akan mengecut dengan karenah pemimpin negara kita mutakhir ini yang begitu ghairah menyedut dana yang dikumpul rakyat untuk konon membantu menaikkan semula ekonomi kita, tetapi hakikatnya yang dibantu adalah pemilik saham yang ada hubungkait dengan mereka , tidak ada sedikitpun membantu penyimpan yang terdiri dari pak tani , pekebun dan nelayan serta rakyat marhaen.
Selepas KWSP ! Tabung Haji akan dipaksa Melabur di Pasaran Saham?
Oleh Reformis Muda
Kita telah mendengar sebelum ini bagaimana Kerajaan menggunakan wang KWSP untuk dileburkan di Bursa Saham, kini desas desus bertiup kencang Tabung Haji akan sekali lagi menjadi Mangsa kerakusan pemimpin BN, Tabung Haji Mempunyai rekod membeli saham saham bukan syariah dan berkaitan judi dan akhirnya terpaksa dijual dalam keadaan rugi, Tabung haji juga pernah dipaksa membeli kawasan sawit yang luas meliputi kawasan wilayah Indonesian dan pada asalnya rugi, tetapi di senarai awamkan apabila pelaburan tersebut mengalami keuntungan berganda selepas kenaikan harga komiditi sawit tersebut, dan ia disenarai awam atas nama TH Plantation yang membuatkan pendeposit tabung Haji hilang hak dan keuntungan sebenar dari kenaikan harga komiditi,
selain itu Tabung Haji juga terlibat dengan pelaburan matawang asing(Forex) yang menyebabkan kerugian RM 200juta duit pendeposit, dan yang terkini Tabung haji membeli ekuiti Silverbird yang mempunyai kepentingan terhadap pembuat roti kontroversi HIGH 5 dengan pembelian RM 300juta.
sedangkan dengan nilai RM 300juta banyak pengusaha roti Islam dan pengusaha makanan orang Islam boleh dibantu tetapi Tabung Haji dipaksa melaburkan wang ummat Islam bagi menyelamatkan tauke tauke Cina. kalau Syarikat Ummat Islam dengan hasil suci duit Ummat Islam boleh digunakan untuk membeli dan membantu syarikat Bukan Islam dan digunakan untuk pelaburan Forex yang diharamkan, apakah Kerajaan Umno Hadhari ini bertanggungjawab?
Ini Berita Terbaru bagaimana sudah ada suara mahu pertubuhan dan Majlis Islam membeli saham saham Syariah yang dibawah nilai, tidak dinafikan pelaburan pada ketika dibawah nilai adalah satu pelaburan yang baik, tetapi apakah orang Islam didalam pertubuhan ini tahu selok belok pelaburan? tidakkah nanti dana ini akan diberikan kepada pihak ketiga untuk dilaburkan seperti wang KWSP kepada ValueCap?
ketika itu mereka hanya membeli saham saham untuk kepentingan Syarikat dan portfolio pelaburan mereka, akhirnya duit ummat Islam yang dihanguskan.adalah lebih baik Tabung Haji atau mana mana institusi Islam memikirkan bagaimana mereka boleh menyediakan Kompleks Perniagaan seperi yang dibuat PKNK(Perbandanan Kerajaan Negeri Kelantan) yang mendirikan tempat perniagaan usahawan melayu ditengah Ibu Kota dengan nama KB MALL yang telah mendapat pengiktirafan pasaraya terbaik yang jualannya mengatasi KLCC? tidakkan ini satu contoh yang baik bagi perbadanan Ekonomi di Negeri negeri Pakatan memikirkannya? jangan ada pemimpin negeri Pakatan masih terikat dengan cara pemimpin Umno untuk menguruskan anak Syarikat mereka, malah adalah lebih baik tabung haji dan badan badan ekonomi Islam yang lain juga memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan soal "Pinjaman Along"?
pernahkah kita dengar nama Mohd Yunus dari Bangadesh yang memiliki Bank Grammeen yang menyediakan pinjaman Mikro sehinggakan anda mampu membeli 2 ekor kambing dengan meminjam di Bank. model perbankkan Yunus inilah telah membuatkan dia dianugerahkan hadiah Nobel. tetapi ramai dikalangan pemimpin Pakatan tidak mengambil sikap " Merakyatkan Ekonomi" tetapi masih memilih kaedah pelaburan bercitarasa tinggi ala UMNO. Ok kita akan sambung cerita merakyatkan ekonomi dilain masa, dan ini adalah petikan dari Utusan bagaimana mereka menyaran dana Ummat Islam dilaburkan dipasaran saham.
-------------------------------------------------------------------------
ARKIB : 28/10/2008 Segera hulur bantuan - Kaunter saham syariah perlu sokongan pertubuhan, majlis agama Islam
Oleh SARAH NADLIN ROHIM
KUALA LUMPUR 27 Okt. – Kerajaan dan pihak yang mempunyai dana besar digesa menghulurkan bantuan dengan segera dengan menyunting dana ke dalam pasaran saham tempatan.
Para penganalisis pasaran berpendapat langkah tersebut wajar memandangkan Malaysia tidak dapat lari daripada terkena tempias kejatuhan pasaran saham global.
Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia, Huda Ikhwan berpendapat, pihak atau pertubuhan agama Islam yang mempunyai dana yang banyak mungkin dapat membantu dengan menyuntik dana ke dalam pasaran tempatan.
Malaysia sebagai pelopor kepada pasaran modal Islam dan mempunyai kaunter-kaunter saham yang berlandaskan Islam memerlukan sokongan atau bantuan daripada pertubuhan dan majlis agama Islam yang mempunyai dana yang besar untuk membeli saham-saham bermasalah ini.
Kebanyakan kaunter-kaunter tersebut tidak mempunyai harga yang sama dengan nilai syarikat tersebut, dengan menyuntik dana ke dalam saham mereka akan dapat membantu kaunter tersebut ‘bernafas’ semula,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Pada minggu lalu, prestasi bursa tempatan menurun ekoran jualan sederhana sejajar dengan prestasi pasaran serantau seperti bursa saham Hong Kong, Shanghai, Jepun dan Korea Selatan.
Kejatuhan kaunter perladangan dan kewangan telah menurunkan penanda aras pergerakan Bursa Malaysia, Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL), apabila mengakhiri dagangan minggu lalu pada 859.11 mata, iaitu paras terendah dalam tempoh tiga setengah tahun, setelah kehilangan 46.12 mata, daripada 905.23 pada Jumaat lepas.
Tambah Huda, pelaburan yang dibuat majlis agama Islam itu adalah untuk jangka panjang dan selepas beberapa tahun mereka boleh mendapat keuntungan melalui pelaburan itu.
Selain itu, Huda turut mencadangkan agar pihak berwajib dapat melonggarkan sedikit undang-undang dalam pasaran bagi menggalakkan lebih banyak dana masuk untuk menggalakkan aktiviti dalam pasaran saham.
Sebagai contoh pelabur yang meminjam untuk membeli saham, mungkin pihak bank dapat memberi sedikit pelepasan kepada mereka bagi menggalakkan mereka kekal berada dalam pasaran.
Langkah
Sementara itu, margin yang terdapat kini perlu dikaji semula kehadirannya bagi mengelakkan semua pihak menjual semua saham tanpa ada pembeli dalam pasaran,’’ jelasnya.
Sementara itu, Pengurus Kanan Kumpulan TA Investment Bhd., Alsetdek Al Haj berpendapat, langkah kerajaan mengumumkan rancangan penyuntikan dana sebanyak RM5 bilion melalui Valuecap Sdn. Bhd. (Valuecap) masih belum menunjukkan hasil, menjadikan pasaran berada dalam keadaan tidak menentu.
Sepatutnya pada masa ini, Valuecap sudah mula membeli saham-saham di bawah nilai,’’ katanya.
Beliau berpendapat kerajaan kini perlu menggunakan pendekatan psikologi bagi meyakinkan pelabur tempatan dan luar yang berada di negara ini untuk terus berdagang di sini.
Manakala Huda berpendapat, pengumuman kerajaan melalui suntikan dana kepada Valuecap sebelum ini memberi sedikit harapan kepada pasaran.
Tetapi para pelabur kembali tertekan apabila dana tersebut belum lagi masuk ke dalam pasaran dan kaunter mana yang akan menjadi pilihan Valuecap.
Valuecap tidak hanya perlu melihat kepada kaunter-kaunter saham mewah atau kaunter syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sahaja tetapi perlu juga melihat saham berwajaran sederhana tetapi mempunyai potensi keuntungan yang besar,’’ jelasnya.
Wednesday, October 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment